Saturday, July 3, 2010

TELL ME,DO I LOOK WEIRD OR UNIQUE?PLEASE.

Friday, July 2, 2010

Assalamualaikum Semua!

hai hai! lepas tengok awek cantik hanna jual maruku update belog terus aku berkobar-kobar nak update walaupon takde cerite ye puan puan dan tuan-tuan.aku rasa kalau aku ni artis,tak kejadah aku nak cite benda mengarut baik tido sebab esok ada shooting.haha berangan kau lebeh!.cakap pasal berangan,minggu minggu akhir sebelom masuk ke hutan ni aku habeskan dengan berangan.kau nak tau ape aku berangan?aku berangan tengah menyanyi lagu kemelut di muara kaseh dari hakak ziana zain sambil tarik tarik mikrofon atas bawah.sambil studnet law semester 1-8 uum bersorak sorak.tak lupe jugak ada yang menjerit kehisteriaan.ewah ewah,sumpah sampai sem 8 tiap kali aku naik bus,kene baling telor wtf ye puan puan dan tuan tuan.ye,itu die,berangan bukan main lagi.haha.gelakkan diri sendiri wehh.okayy cukup;)

tak sampai lagi seminggu aku akan pulang ke alam sekitar.ye,itu die kembali menjadi insan-insan yang sayangkan alam sekitar.cewah cewah padahal kedah pun dah same membangun dengan kl tawu.okay itu tipu ye puan puan dan tuan tuan.eh apesal aku asek puan puan dan tuan tuan?gila.ohh gila malas nak balik ke uniutama ni,sedih nak tinggalkan masa-masa tidor yang lama,masa masa memasak,masa masa tengok tv,masa bersama yang tersayang.ceh macam kat same tak de yang tersayang?.memang tak de pon.yang paling sayang iaitu kawan-kawan ade lah.hehe.

ingat tak pasal kakak saya yang nak bersalin tu?fyi,die tak bersalin-salin pon.salin salin baju adalah.hehe maybe baby tu belom sedia untuk melihat dunia yang penuh ranjau ini.cewah cewah.tapi nanti kalau dah bersalin aku update ye.nak letak name ape eh?letak nama rozmey boleh?kang kuar kuar je rambut dah beropol macam langser raya sambel tersengeh sengeh gitu.kah kah.okay,babai kawan kawan!

Wednesday, June 30, 2010

alhamdulillah everything is getting better and sekarang aku tak boleh duduk diam koz my sis baru sms tadi kata dah bukak 1cm.thats means aku akan dapat anak buah baru!.hope everything gonna be fine!

p/s:please pray with me;)

Saturday, June 26, 2010

sigh::

baru sekarang aku tau yang wateva it is,kita hidup ni cuma sorang-sorang.walaupun kita ada kelaurga,ada adik beradik tapi hanya kita yang paham perasaan kita.bukan orang lain.dan baru aku tau yang kita tak boleh nak harapkan orang lain.kite kene berdiri atas kaki sendiri.hari ni aku betul betul kecewa dengan diri sendiri,dengan orang lain.orang yang paling aku sayang,yang paling rapat dengan aku buat aku kecewa.aku tak percaya,camne seorang kakak boleh biarkan adiknya dalam kesusahan walhal die tak tau ketika die dalam kesusahan,aku selalu membantu,menolong die walaupun hidup aku susah.aku adik dia tapi bila aku dalam kesusahan dia buat aku macam orang lain.itu yang buat aku kecewa.ak u bersusah payah tolong die selama ni tapi ni yang die bagi kat aku.bukan nak mengungkit tapi kalau die sayang aku,dia takkan buat aku macam ni.sampai hati.dan tadi,aku rasa macam nak amek pisau then toreh kat tangan aku.untuk ape?sebab aku rasa tak ade reason untuk aku hidup lagi.dah la tak ada mak bapak,then adik beradik pulak buat perangai.tapi aku cepat cepat ingat balik sape diri aku.bodohlah kalau aku bunuh diri.tapi aku tak penah nak salahkan tuhan atas sume ni sebab aku tau die bagi duggan ni sebab aku mampu.tapi aku cume terkilan dengan perangai kakak aku sampai aku rasa esok aku tak nak pegi kl.kitorang dah rancang nak pegi kl esok tapi aku dah tawar hati nak jumpa darah daging aku sendiri.aku rasa bodoh sebab aku dah maki kakak aku tadi and saat ini aku mintak tuhan tolong panjangkan umor aku sebab aku rasa banyak sangat dosa yang aku buat kat kakak aku.aku nak mintak maaf banyak banyak kat die sebab aku dah banyak buat salah.takpelah,memang patut aku mintak maaf kat die.aku sedar aku ni cuma seorang adik yang tak akan ade siapa yang dapat paham dan aku rela diperlakukan ape je asalkan aku dapat secebis kaseh sayang mereka.sebab aku dah tak ade sape lagi.tak ade sapa..;(

p/s; im not in the good condition,pray me the best;)

Friday, June 25, 2010

thanks for being a supportive person.
Siti Azura Rahman, I Love You;)

Sunday, June 6, 2010


5.6.2010
JUSCO BANDARAYA MELAKA.
demn!pokai dah;-(

Friday, June 4, 2010

aku tengah mengadap laptop,
nak berfacebook katenya,
handphone letak kat tepi meja,
nak bukak tab baru,
pegang mouse,goyang goyang,
eh,nape tak gerak pun cursor ni?
demn! bukan mouse yg aku pegang,handphone.
malu,
gelak sorang sorang sebab pegang handphone and gerakkan,
ingatkan mouse.
haram betol!

Bertahan.

Pedoman.

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Tuesday, June 1, 2010

Makin Lama, Rasa Makin Tua.


muka 40 taon tanpa sakit.cehh


muka 40 taon kalau menghisap dadah.omg,pengsan! +.......+

nota bulu kaki; dadah itu perosak bangsa.harap maklum;-)

Putus Cinta Je,Bukan Putus Makan Kan?

entry ini dimulakan dengan ucapan BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.ASSALAMUALIKUM KEPADA PEMBACA SEMUA!.(kalau tulisan huruf besar je,otomatik aku jadi skema dush dush).maaf kerana lama tidak mengupdate belog ni.jap jap nak amek vacuum,blog ni dah berhabuk-habuk fuhh fuhh.

ok dah.tujuan aku mengupdate blog ni adalah untuk menceritakan serba sedikit laporan tentang apa yang dilakukan pada hari yang indah ini.pergh ayat macam cikgu hal ehwal murid tengah bagi ucapan kat pentas sambil pegang tali pinggang.hahah

sila abaikan semua perkataan di dalam tajuk di atas.cuma perlu fokuskan pada perkataan MAKAN itu sahaja.kalau nak makan,mesti kena masak betol?ok,seperti yang anda sedia maklum,picture speak louder than words.mari kita lihat calon-calonnya. jeng..jeng..jeng..

 betol kata orang,kalau kite putus cinta,mesti dapat cinta yang lain.cinta aku ialah memasak.kau mampuu?? hahah.itulah juadah yang telah dimasak oleh aku hari ini.tak percaya bukan? tapi like seriously aku dah jatuh hati pada periuk,dapor gas,kuali dah rakan rakan lain.fuhh.sedappp wooo chicken chop ni.kalah kat hotel dan kedai.bangga tak?hahahah.korang nak??kalau korang komen entry ni lebeh dari 10,aku masakkan untuk korang eh?mau kah?hahaha gile promote betol.eh eh jap nak perkenalkan rakan makan beramai-ramai hari ni..

ok lah korang,selamat makan eh eh.babai!

Monday, May 24, 2010

hidup ni dah berhenti untuk sesaat.

Sunday, May 23, 2010

cinta datang cinta pergi...

beri aku masa untuk menceritakan semua ini.off.

Friday, May 21, 2010

kalau tak kerja,macam mana nak dapat duit kan?

hoi hoi hoi!
wah wah bosannya duk umah ni tatau nak buat ape dah hehe.sekarang ni dah hari hari aku online nak carik keje online ke mana tau dapat pulak kan?haha.takdelah akuni tengah busy nak mencari dan menjawab peraduan peraduan yang ade sekarang at least dapat jugak hadiah kalau ade naseb kan kan kan?hahha gile betol duduk rumah ni.tak tau nak buat ape wei ape lagi godekk la internet ni habes habesan kan?contohnya, aku ni tengah nak memasuki peraduan kat MAS ni ha.ala yang rancangan saya nak cutii tu! tak kan tak tengok kot?best woo so aku nak la mencuba naseb mana tau dapat tiket gi bali ke dapat main dengan dolphin u hahahhaha!.as usual kalau online je mesti la berfacebook kan.ni haaa lagi satu aku dah daftar adi ahli gossip tau.hahha gila macam tak caya.tapi ni bukan gosip pasal si **** yang kekwat ke,si *** dah couple ke.ni gossip hiburan punya.baru la nampak matang sikit dowh! hahahah.lepas ni siap la abang western kat kaci tu aku bocorkan rahsia dan perangai kau nanti kat sumeorang hahahahah gila jahat kan.dah la aku nak tulis gosipp baru japp.bai bai!

Wednesday, May 19, 2010

Hilangnya Cintaku

Bila cinta kini

Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini

Hanyalah nestapa

Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan

Manisnya janjimu

Dan ku sambut itu

Dengan segenap hatiku

Bila engkau pergi

Tinggalkan ku


Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Ternyata memilih

Cinta yang fana

Perginya dirimu

Merobek jantungku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Dalam harapan

Malam Itu Aku Lihat Kau Gembira.

malam itu aku lihat kau gembira,
malam itu aku lihat kau ketawa,
malam itu aku lihat kau akan berjaya,
aku juga gembira kerana kau bahagia,
akhirnya doa yang ku pohon direstuiNya,
hanya satu yang aku pinta,
agar masih ada lagi secebis ruang di hatimu untuk aku
bukan untuk selamanya, tetapi cuma untuk seketika:-)

Thursday, May 13, 2010

Hello Guys!

hahahaa.nak gelak jap koz tadi tengah kusyuk mase bace blog anak pak roslan, tertengok lak die nye friend blog updates.patutla macam kenal je nama alfie tu rupenya dah sebulan aku tak updates okayy! hahaha gila kentang.sori la korang yang membaca blog aku nie,aku ni tak busy cume mase nak final aritu sampai sekarang,gua punya charger laptop rosak la.nak beli beratus lah pulakk kan.ni pun update pakai lappy kakak sedara aku ni,syukur,tapi update bukan sebarang update tau,update ni nak cerita pasal sebulan yang berlaku semasa ketiadaan aku di blog ni,hahha,.aritu,tengah final so busy lah sikit-sikit.bukan busy nak study tapi busy nak kirim beli nasik lemak kampung darat dengan kawan-kawan.hahaha.kalau korang baca entry aku yang awal dulu pasal result tu kan.hahah sem lepas boleh lah eksyen sikit tapi sem ni jangan harap aku nak tunjuk result yang macam hampehh tu eh eh.so sekarang aku tengah busy nak mencari keje part time.tak kan 2 bulan nak duk menganga je tengok af kat umah kan so apalagi keluar la mencari rezeki untuk keluarga cewahh cewahh.btw,rambut aku yang macam cendawan senget tu pun dah kene potong so sekarang rambut pendek,tu yang rasa tak nak kuar rumah dah malu buruk siot.hahaha ok lah nanti update lagi ye,sebelum tu,aku tinggalkan korang dengan seketol lagu ni.khas untuk wanita yang nak berumah tangga cewah cewah sekali lagi.bai**




Saturday, March 27, 2010

Puisi Cahaya Bulan

akhirnya semua akan tiba pada suatu hari yg biasa
pada suatu ketika yg telah lama kita ketahui
apakah kau masih sambut dahulu memintaku minum susu

dan tidur yang lelap
sambil membenarkan letak leher kemejaku

kabut tipis pun turun pelan-pelan di lembah kasih
lembah bandalawangi
kau dan aku tegak berdiri melihat hutan yg menjadi suram
meresapi belaian angin yg menjadi dingin

apakah kau masih membelaiku semesra dahulu
ketika kudepak, kau dekaplah lebih mesra
lebih dekat

apakau kau masih akan berkata
kudengar dekap jantungmu
kita begitu berbeda dalam semua
kecuali dalam cinta 

cahaya bulan menusukku dengan ribuan pertanyaan
yg takkan pernah aku tahu dimana jawaban itu
bagai letusan berapi bangunkan dari mimpi
sudah waktunya berdiri mencari jawaban kegelisahan hati

Friday, March 26, 2010

Jika Kau Disini, Aku Tenang.

            Entry ini adalah entry dedikasi untuk kesayangan saya yang telah kembali menemui Illahi.Amin.



Rasa ini kembali menyelubungi aku.setiap masa aku rasa tidak tentu.kebelakangan ni, rasa semua tak kena.semua nak marah-marah.nak mintak maaf kat kawan-kawan yang selalu kena marah dengan aku.sejak akhir-akhir ini korang mesti bengang dan malas nak melayan kerenah aku ni kan.tak patut.sekarang,dah tak ada masa untuk cakap entahlah sebab nanti semua perkara tak selesai.sekarang ni banyak yang kena pikir sampai hati sakit pun buat-buat tak layan at the end,sendiri rasa macam nak gila.selalu perasan yang kawan-kawan tak ambil berat sedangkan diorang ok je,selalu rasa nak sendiri tapi bila sendiri menangis macam tak sedar diri.sekarang ni selalu cengeng,tak macho lansung.sekarang ni selalu rasa lain,buat ape semua tak kena.exam dah nak dekat tapi tak pernah pikir pun.macam mana nak berjaya.tapi kalau ingat ape tujuan datang sini,baru rasa insaf kejap.kena ingat cakap kakak,abang.kena ingat ape pengorbanan yang diorang dah buat.kena ingat abang pernah makan nasi dengan kuah magi demi nak berjimat dapat bagi aku duit.kene ingat kakak selalu bergaduh sesama sendiri semata-mata nak tolong aku.kene ingat apa yang pak-cik mak-cik dah buat kat aku,kakak dan abang.kena ingat Allah,sebab kalau tak ada sapa nak tolong nanti Allah akan sentiasa ada.tapi hati ni selalu pergi tempat lain.selalu nak tinggal dalam kenangan.hari ini dah tak sama macam semalam.semua dah lain jadi kena berubah.tapi perubahan bukan satu benda yang senang.selalu nak rasa bahagia walaupun bertimpa-timpa dugaan datang tapi tak apa Allah tu ,masih sayang kan?sekarang emosi selalu tak stabil.suka tengok kawan-kawan bahagia walaupun diri derita.tak apa bahagia itu masih ada kan?kakak abang masih ada.itulah bahagia aku.kena selalu ingat jangan nak jadi macam orang lain,kena ukur baju di badan sendiri.jangan ikut orang,jangan dengar cakap orang nanti kita susah kita yang rasa bukan orang lain kan?kalau mak,nenek,ayah,atuk dengan syakira ada,mesti rasa bahagia lagi.sekarang kalau ada masalah,tak boleh nak ngadu kat emak dah.kalau dah habes exam tengok orang sume telifon mak bagitau exam ok ke x,aku telifon kakak,dengar masalah kakak,abang sume.tak dapat nak cakap exam hari ni boleh buat ke tak.tak dapat.selalu tengok orang lain lambai-lambai tangan dekat stesyen bas.tapi aku tak ada orang nak lambai tangan.bila dah naik bas text angah dengan ain cakap dah naik bus then diorang reply,elok-elok ye.mesej tu simpan dalam handphone sampai bila-bila sebab kalau rindu boleh baca mesej diorang.biar mesej awek terpadam, asalkan jangan mesej diorang nanti nanges.sekarang kalau ada masalah tak boleh nak cakap kat emak.rindu dulu masa sebelum mak gi keje kilang,kalau nak naik bas mesti cium dekat pipi dulu nati malam mak dah balik keja aku dah tido.rindu dekat ayah sebab ayah selalu marah emak semata-mata nak menangkan kami adik beradik.rindu dekat nenek sebab tak dapat tidur sebantal lagi dengan nenek,dulu sampai form 3 pun tido dengan nenek lagi sebab nenek selalu terjaga malam so tak ada rasa takut sangat.rindu dekat atuk sebab atuk selalu bawak balik barang mainan untuk aku sebab orang cina selalu buang barang mainan yang elok.atuk ambil then bagi kat aku.seronok walalupun dapat yang orang punya.rindu nak dengar syakirah membebel pastu makan mangga kat pangkin depan rumah.tapi,semua tu kenangan.selalu aku doa supaya tuhan bagi aku mimpi jumpa dengan diorang sekali..aku nak cakap yang aku selalu doakan diorang,selalu rindu diorang.kalau diorang ada,tak kan lah aku jadi tak menentu macam ni.orang lain selalu tengok aku kecil tapi tak apa suatu hari nanti insyaallah diorang tak akan pandang aku rendah lagi.hari tu pergi jusco,sedih tengok orang lain beli barang banyak,kami tak beli apa-apa pun sebab kami tak punya apa-apa.kakak dengan abang selalu bersyukur dengan apa yang mereka ada tapi aku selalu leka,selalu nak ikut orang,tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang ada depan mata.sekarang rasa menyesal tapi aku tak pernah mengeluh dengan takdir ini, bahkan aku sentiasa jadikan ia satu dorongan untuk aku berjaya.korang jangan rasa kesian dekat aku tau sebab ada lagi orang yang terima nasib lagi teruk dari aku.bersyukur ye dengan apa yang korang ada.aku mungkin tak ada mereka,tapi aku ada memori dengan mereka.aku baik-baik saje.;))


Wednesday, March 24, 2010


TOTALLY HOMESICK!!

anak buah saya!

auni rasyiqah


muhamad razin

ohh ye,entry ni bersambung dengan entry yg lepas.pda hari yng sama kakak saya bertunang,ada majlis cukur jambul anak sedara saya sekali.layan pictures okayy














tengoklah picture budak kecik tu,tak nanges pun kene cukur jambul.teheheh.pak su rinduuu korang!!!