Wednesday, June 30, 2010

alhamdulillah everything is getting better and sekarang aku tak boleh duduk diam koz my sis baru sms tadi kata dah bukak 1cm.thats means aku akan dapat anak buah baru!.hope everything gonna be fine!

p/s:please pray with me;)

Saturday, June 26, 2010

sigh::

baru sekarang aku tau yang wateva it is,kita hidup ni cuma sorang-sorang.walaupun kita ada kelaurga,ada adik beradik tapi hanya kita yang paham perasaan kita.bukan orang lain.dan baru aku tau yang kita tak boleh nak harapkan orang lain.kite kene berdiri atas kaki sendiri.hari ni aku betul betul kecewa dengan diri sendiri,dengan orang lain.orang yang paling aku sayang,yang paling rapat dengan aku buat aku kecewa.aku tak percaya,camne seorang kakak boleh biarkan adiknya dalam kesusahan walhal die tak tau ketika die dalam kesusahan,aku selalu membantu,menolong die walaupun hidup aku susah.aku adik dia tapi bila aku dalam kesusahan dia buat aku macam orang lain.itu yang buat aku kecewa.ak u bersusah payah tolong die selama ni tapi ni yang die bagi kat aku.bukan nak mengungkit tapi kalau die sayang aku,dia takkan buat aku macam ni.sampai hati.dan tadi,aku rasa macam nak amek pisau then toreh kat tangan aku.untuk ape?sebab aku rasa tak ade reason untuk aku hidup lagi.dah la tak ada mak bapak,then adik beradik pulak buat perangai.tapi aku cepat cepat ingat balik sape diri aku.bodohlah kalau aku bunuh diri.tapi aku tak penah nak salahkan tuhan atas sume ni sebab aku tau die bagi duggan ni sebab aku mampu.tapi aku cume terkilan dengan perangai kakak aku sampai aku rasa esok aku tak nak pegi kl.kitorang dah rancang nak pegi kl esok tapi aku dah tawar hati nak jumpa darah daging aku sendiri.aku rasa bodoh sebab aku dah maki kakak aku tadi and saat ini aku mintak tuhan tolong panjangkan umor aku sebab aku rasa banyak sangat dosa yang aku buat kat kakak aku.aku nak mintak maaf banyak banyak kat die sebab aku dah banyak buat salah.takpelah,memang patut aku mintak maaf kat die.aku sedar aku ni cuma seorang adik yang tak akan ade siapa yang dapat paham dan aku rela diperlakukan ape je asalkan aku dapat secebis kaseh sayang mereka.sebab aku dah tak ade sape lagi.tak ade sapa..;(

p/s; im not in the good condition,pray me the best;)

Friday, June 25, 2010

thanks for being a supportive person.
Siti Azura Rahman, I Love You;)

Sunday, June 6, 2010


5.6.2010
JUSCO BANDARAYA MELAKA.
demn!pokai dah;-(

Friday, June 4, 2010

aku tengah mengadap laptop,
nak berfacebook katenya,
handphone letak kat tepi meja,
nak bukak tab baru,
pegang mouse,goyang goyang,
eh,nape tak gerak pun cursor ni?
demn! bukan mouse yg aku pegang,handphone.
malu,
gelak sorang sorang sebab pegang handphone and gerakkan,
ingatkan mouse.
haram betol!

Bertahan.

Pedoman.

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Tuesday, June 1, 2010

Makin Lama, Rasa Makin Tua.


muka 40 taon tanpa sakit.cehh


muka 40 taon kalau menghisap dadah.omg,pengsan! +.......+

nota bulu kaki; dadah itu perosak bangsa.harap maklum;-)

Putus Cinta Je,Bukan Putus Makan Kan?

entry ini dimulakan dengan ucapan BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.ASSALAMUALIKUM KEPADA PEMBACA SEMUA!.(kalau tulisan huruf besar je,otomatik aku jadi skema dush dush).maaf kerana lama tidak mengupdate belog ni.jap jap nak amek vacuum,blog ni dah berhabuk-habuk fuhh fuhh.

ok dah.tujuan aku mengupdate blog ni adalah untuk menceritakan serba sedikit laporan tentang apa yang dilakukan pada hari yang indah ini.pergh ayat macam cikgu hal ehwal murid tengah bagi ucapan kat pentas sambil pegang tali pinggang.hahah

sila abaikan semua perkataan di dalam tajuk di atas.cuma perlu fokuskan pada perkataan MAKAN itu sahaja.kalau nak makan,mesti kena masak betol?ok,seperti yang anda sedia maklum,picture speak louder than words.mari kita lihat calon-calonnya. jeng..jeng..jeng..

 betol kata orang,kalau kite putus cinta,mesti dapat cinta yang lain.cinta aku ialah memasak.kau mampuu?? hahah.itulah juadah yang telah dimasak oleh aku hari ini.tak percaya bukan? tapi like seriously aku dah jatuh hati pada periuk,dapor gas,kuali dah rakan rakan lain.fuhh.sedappp wooo chicken chop ni.kalah kat hotel dan kedai.bangga tak?hahahah.korang nak??kalau korang komen entry ni lebeh dari 10,aku masakkan untuk korang eh?mau kah?hahaha gile promote betol.eh eh jap nak perkenalkan rakan makan beramai-ramai hari ni..

ok lah korang,selamat makan eh eh.babai!