Saturday, March 26, 2011

nyawa.

Dalam hidup aku, hanya ada 3 orang yang sampai aku mati aku akan sayang dorang.yang pernah hadir dalam hidup aku dan yang membawa seribu kebahagiaan.dorang yag mengajar aku tentang hidup, yang mendidik aku supaya aku tidak pergi terlalu jauh,yang akan selalu sayangi aku,yang selalu risaukan aku dan yang aku pasti,yang akan selalu menerima aku walaupun teruk mana diri aku.

aroy-walaupun aku tak pernah panggil kau abang even kau yang paling sulung dalam keluarga kita,tapi aku tetap hormat kau.aku sayang kau.aku ingat lagi kau cakap yang kau akan tunggu aku kawen dulu baru kau kawen.sebab kau nak lepaskan kitorang.nak biar kitorang senang.tapi aku cakap tak payah sebab aku lama lagi kot.jauh lagi.takkan kau nak jadi bujang tua.heh.tapi ain dengan angah dah kawen.tu pun dah cukup aku rasa tak perlu nak tunggu aku.tahun ni,ain beraya umah mak mertua dia.maknanya kita berdua je yang akan raya kat kampung kan? takpe,kau jangan risau,aku tolong kau kemas rumah nanti.aku masak rendang,ketupat and cekodok kegemaran kau.aku mesti belajar lagipun kau bangga sebab aku pandai masak kan?nanti kita pergi kubur mak,nenek dengan atuk sama sama eh? aku sayang kau.walaupun kau kuat membebel kat aku and aku tension,aku gembira sebab kau yang selalu ajar aku jadi orang baik walaupun aku tau hidup kau macam mana.time kaseh,kau jangan pergi dulu,aku nak aku yang pergi dulu sebab aku tak sanggup nak menangis sebab kau.sebab aku terlalu sayangkan kau.

angah-kau kakak aku.time kaseh sebab kalau aku balik,aku dapat tumpang rumah kau.rumah kampung takde orang so dapat aku lepak rumah kau.time kaseh jugak sebab kau bawak 3 orang yang comel dalam hidup aku.yang selalu buat aku gelak kalau aku sedih.yang selalu buat aku geram and yang selalu kejut aku bangun pagi hehe.sejak dari mak takde,aku anggap kau macam mak.walaupun kau tak kerja,kau takda duit tapi aku tetap akan mintak duit kat kau sebab aku anggap kau macam mak aku.kau selalu kalut,tapi aku suka sebab benda tu yang boleh buat aku senyum sensorang.kau selalu tengok benda benda kecik yang aku tak pernah perasan.kau selalu bekalkan aku makanan yang pada mulanya aku rasa tak perlu tapi at the end aku rasa kau sangat sweet.dalam adik beradik kita,kau je yang aku panggil angah,yang lain aku panggil nama tapi sayang aku tetap sama.aku tau kau ada sakit asma macam mak and kau selalu buat aku risau.aku tak nak kau tinggalkan aku dulu.aku takut.biarkan aku dulu yang pergi.aku tak tau camne hidup aku kalau takde kau.macam mana aku nak makan sate malam malam kalau kau takde?aku sayang kau sangat.

ain-aku harap kau hidup bahagia.aku kesian kat kau.aku tau kau tension duduk rumah mak mertua tapi kau sabar okay? aku janji kalau lah sem depan kau tak pindah lagi,aku bagi duit ptptn aku sikit kat kau so that kau boleh pindah rumah.aku tak nak kau tension lagi.aku taknak kau kene darah tinggi lagi.aku sayang kau sebab kau selalu ada.dulu masa kau tak kawen kita selalu beraya dua orang je kat rumah kan?sekarang kau dah kawen,takpelah at least ada orang boleh jaga kau.kau jaga diri sebab aku taknak hilang kau.

tiga orang ni adalah nyawa aku.kalau diorang takde,aku mati.diorang hidup aku.saat orang lain buang aku,diorang selalu ada untuk kutip aku and sayang aku.

time kaseh blog sebab kau maseh lagi nak dengar cerita sedih aku yang tak berkesudahan ni.time kaseh sebab kau selalu kuat dengan aku.aku harap esok mungkin kau boleh tersenyum dengar cerita aku.ehe.



Wednesday, March 23, 2011

aku rindu.

entri ni bukan untuk menagih simpati,cuma satu luahan hati yang aku rasakan harus aku tulis kerana hanya kepada blog ini yang aku boleh ceritakan.dan kerana aku tak punya siapa.

kalau kau tengah bosan tak tau nak buat apa,kalau kau rindu nak balik rumah,kalau kau sedih dapat result teruk,kalau kau gembira dan girang sebab result kau baik,kalau kau risau sebab tak study lagi,kalau kau tension sebab assignment banyak,kalau kau nak cerita pasal kau pegi jalan hari ni,kalau kau takda duit nak makan, kalau kau geram dengan kawan kau,kalau kau nak mintak topup, kalau kau nak bagitau cuti sem kau bila,kalau kau nak menangis sebab muet kau dapat band 3,kalau kau nak cerita pasal kawan kawan kau,kalau kau nak bagitau kau makan ape malam tadi,kalau kau nak cadangkan tema baju raya,kalau kau rindu nak peluk,dengan siapa kau nak cakap?

mak kau kan?

tapi aku tak ada.aku tak punya.

kenapa? sebab Tuhan sayang kat mak aku.sebab apa? sebab Tuhan tak sanggup lihat mak aku sengsara. kau boleh call mak kau and bagitau esok nak exam,tension.aku? kat siapa aku nak bagitau? kalau aku takda duit nak makan,dengan siapa aku nak cakap? orang lain dapat salam cium tangan mak.dapat peluk.aku.aku dapat apa?.kalau aku tension sebab kawan aku burukkan aku,aku kena hina,sapa yang aku nak bagitau? ada lagi ke orang lain yang boleh aku cerita? orang lain paham aku ke? tak.harus ke aku mempersoalkan takdir tuhan?perlukah aku tanya Ya Tuhan,kenapa kau ambil mak aku?tak,sebab aku harus redha.dah sembilan tahun mak pegi tapi kenapa aku perlu macam ni? aku kena kuat.kan mak dah pesan,jaga diri.kau tak dengar ke?aku tauuu tapi kadang kadang aku perlukan mak.aku nak peluk aku nak cium aku nak cakap aku sayangkan dia.hanya dia .tapi ada lagi ke masa aku untuk itu? tak.kenapa? jangan persoalkan.kau kena redha dengan takdir tuhan.jangan sesekali kau persoalkan.jangan.

Ya tuhan,lindungilah orang tuaku Ya Allah.sesungguhnya merekalah yang mendidik aku,menjaga aku,membela aku dari kecil.jangan kau seksa mereka Ya Allah.Kau boleh berikan apa saja dugaanmu kepada aku Ya Allah, tapi jangan kau sakiti mereka Ya Allah.Kau jaga mereka Ya Allah,kau sampaikan salam rindu aku Ya Allah.aku rinduuu.terlalu.

maafkan aku kalau emosi kau terganggu kerana aku.maaf.






Tuesday, March 22, 2011

cinta semalam itu kenangan,
cinta hari ini itu ingatan,
cinta esok itu  pengajaran.















.nota.

kau itu macam tak berguna.kau tu orang yang tak diperlukan.mereka itu takkan sekali kali memandang kau kerana kau hina.mereka itu terlalu bijak dan kau terlalu lemah.kau takkan benar dimata mereka walau apa jua yang telah kau lakukan sebaliknya kau akan sicaci maki kerana niat kau yang tulus untk membantu mereka.sudahlah, jangan kau bersedih sebaliknya redha dengan pa yang berlaku.kau harus berjanji yang kau takkan ulangi kesilapan yang mereka temui dan kau harus tabah dengan setiap dugaanNya.biarlah apa sekalipun yang berlaku,hidup mesti diteruskan.

kau- please be strong.





.cinta sempurna.

kali ini, ia datang lagi. pintu hati aku diketuk lagi. dia seorang perempuan yang aku rasakan terlalu indah untuk aku dampingi. terlalu sempurna untuk aku sayangi. tapi, sayang dan indah itu hanya sebagai seorang teman. ya, manusia akan lebih menyayangi teman dari seorang kekasih. dan itu yang aku lakukan.aku menghormati takdir andai kami cuma berkawan sampai bila bila kerna aku tak sanggup dan tak mampu kehilangannya..

Monday, March 21, 2011

I'M BLOGGING. AGAIN.