Tuesday, June 21, 2011

You're Beautiful.

semua orang tahu aku dah tiada parents kan? tapi tiada orang pun tahu yang aku ada satu keluarga yang sangat cantik?


you know, aku selalu complained everything. aku selalu salahkan takdir. aku selalu tanya kenapa aku yang mesti kena semua ni? kenapa mesti aku? tapi aku baru lihat yang semua ni berlaku sebab ia nak mengajar aku yang hidup ni sebenarnya sangat cantik. kenapa?

baru baru ni, aku dah dapat result exam. keciwa? ya mungkin. tapi mereka tak rasa macam tu. they give me all the strength. aku mungkin sedih hampakan mereka tapi mereka tak rasa macam tu sebab they know itu yang terbaik. and itu semua tertulis kan? aku tersentuh bila kakak aku sms cakap "tahniah, belajar rajin rajin, nanti ade duit, aku belanja kau makan". could you see how beautiful is that? aku tak mintak semua itu. patutnya aku yang mintak ampun sebab kecewakan mereka tapi they not. yes, kami hidup susah tapi semua ni buat aku rasa hidup ni terlalu cantik. kadang kadang aku rasa sedih. masa basuh baju pun rasa nak nangis bila kenangkan ape aku dah buat selama ni. keluarga aku itu terlalu baik, terlalu halus sementara aku ,terlalu hodoh dan terlalu kasar. and aku bersyukur sebab aku masih tak terlalu lambat untuk sedar semua ini.

Ya Allah, terima kasih semuanya ! terima kaseh ! aku tak patut salahkan Kau Ya Allah sebaliknya aku harus bersyukur kerana kau telah mengatur semuanya dengan terlalu cantik. & terlalu indah. Terima Kaseh.

Tuesday, May 31, 2011

entry setengah-setengah






kenapa setengah setengah? sebab gambar lain tak sempat nak snap.haha camne?


google lah! hahah.
jadi terimahalah.... jeng jeng jeng...


ayam masak kicap purnama merindu!

ini bukan show off okay?






gambar dah basi. lauk pun dah lama dihadam dalam perut. haha.

MINE




Super adorable aite?
i'm in love with Mon-Cheri Bridals <3

Saturday, May 28, 2011

"cinta itu seperti melepaskan ikan ke dalam kolam. kalau kita cintakan dia, lepaskan. biarkan ia berenang dan pergi menemui kehidupannya. andai ia datang kembali kepada kita, anggaplah itu sebagai satu anugerah dan terimalah."


p/s: goreng pon sodappp :P

Thursday, May 26, 2011

dinner anybody?



dah siap! ape? tak menarik? kuangg ajaqqqqq!




ok tipu.haha. amacam? haha.

.During cuti part 1.





saya chef 2.
anda mampu?

.rela.

semua orang tak akan pernah tau betapa susahnya kita, betapa sakitnya kita. & mereka itu hanya tau mempersoalkan kebaikan kita.adakah kita terlalu ego, atau adakah kita sudah berbuat baik sesama manusia? tetapi mereka itu lupa bahawa kita ini bukan sempurna. mereka itu lupa and mereka itu tidak pernah berfikir, pernahkan orang lain itu kasihankan kita atau berbuat baik sama kita? mereka itu bukan siapa siapa.mereka itu hanya insan yang terlalu penting dalam hidup tetapi kadangkala sepatah kata mereka itu mampu membuat kita menderita. mereka itu terlalu sempurna untuk disakiti tetapi terkadang kita hanya ingin mereka tau betapa susahnya hidup kita. huhhhh.


p/s: perlukah kita memikirkan insan lain jika mereka sendiri tak pernah memikirkan diri kita?
aduh, aku lelah.


Saturday, April 23, 2011

SEPI ITU DATANG LAGI, KETIKA AKU MASIH SENDIRI, KETIKA AKU INGIN BERLARI, KETIKA AKU LELAH MENCARI, KETIKA AKU TERSUNGKUR DI KAKI. JANGAN SEPI, JANGAN DATANG LAGI.HATI INI TERLALU KERAP DILUKAI,KERAP KALI DISAKITI.AKU INGIN DISAYANGI,AKU INGIN DICINTAI.HINA ITU SATU SANGSI,HINA ITU SATU DENGKI.SEPI,JANGAN KAU DATANG LAGI,KERANA AKU TELAH BENAR BENAR MATI.BIARKAN AKU BEGINI,SENDIRI,TANPA MU SEPI.

Thursday, April 21, 2011

why am i?

kau boleh marah tapi kenapa aku yang jadi mangsa? why?. aku ingat kau kawan aku sehidup semati,kau akan ingat aku susah dan senang tapi sebenarnya kau tak.apa yang aku buat sampai aku dapat macam ni? aku tak pernah kacau kau.kalau kau nak marah,marah pada orang lain.jangan aku yang jadi mangsa.tolonglah, kalau kau tak nak jaga hati aku sekali pun,kalau dah benci aku sekalipun,aku mintak sikit je kasihan dari kau.jangan buat aku macam ni.kalau kau nak buang aku pun,jangan buat aku rasa sehina ni.orang lain boleh cakap sabar,tapi diorang rasa tak? aku nak ingat kenangan manis kita dulu tapi bila kau dah buat aku macam ni,macam mane aku nak ingat? kau bagitau aku,ape aku dah buat kat kau? aku korban masa dengan kawan kawan aku.sebab kawan aku kawan kau jugak.aku belajar kuat untuk hidup sorang sorang sebab aku tak nak kau hina aku lagi.aku tak nak jumpe kau lagi but still aku yang kena? hina sangat ke aku ni? sampai kau buat taraf aku rendah macam tu? ingat aku tak ada maruah ke? aku ingat aku dah baik habes so kau boleh nampak ape yang aku buat kat mata kau tapi ternyata tak.aku dah penat dengan sume ni.and aku nak bagitau yang kau dah berjaya buat aku rasa ape yang aku tak patut rasa.kalau sebelom ni,aku pujuk hati aku untuk maafkan kau,tapi tak lagi.cukup lah sampai sini.lepas ni takkan ada lagi nama kau dalam hidup aku.takkan ada.dah macam macam aku terima dari kau and aku takkan lupa.and aku nak ingatkan, jangan sesekali pandang rendah kat orang lain sebab mungkin satu hari nanti,orang tu yang akan pungut kau balik.tq.

Tuesday, April 19, 2011

sometimes, I do miss you.but I just pretend that I don't care.

Saturday, April 9, 2011

.thisoneisforyou.

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close
rasa rindu lama menerpa kembali,
ingin sekali aku pergi menemui,
tapi hati ini ingatkan, jangan;
kerana dia telah dimiliki.


p/s: terkadang hati ini menangis.maafkan dari hati.



Friday, April 8, 2011

.eveningmare.

aku baru bangun tido.baruu je.sepuluh minit yang lepas,aku tengah tido and aku bermimpi.mimpi tu mimpi sedih and tetibe rasa malu nak cerita.haha.tapi korang jangan menyesal pulak eh sebab disebabkan mimpi ni mimpi waktu petang,elemen karut marut dan tahyul tu ade la termasuk sekali dalam mimpi ni.

aku mimpi aku bace news kat internet yang Perlis dah kene tsunami.teruk sangat.then tetibe aku dah ade kat Perlis.(ni lah elemen karut yang aku cakap tu). tapi aku tak sure what reasons aku mesti ade kat perlis padahal aku belajar kat kedah? ok sambung cerita.then, ramai gila orang lari sebab tsunami tengah gila gila attack perlis.saudara mara aku pun ade.tapi ceritanya pasal kawan kawan aku.semua ada kecuali dila dengan nadia.maria, mintak maaf, kau tak masuk dalam cite maybe mase ni kau tengah dating kot tuutttttt! haha.aku dengan cha terperasan yang dila dengan nadia takde tapi lepastu orang lain sedih sedih datang kat kitorang.aku dapat rasa then aku dengan kawan lelaki aku berlari sebab kitorang rasa ada yang tak kena.rupanya nadia dah meninggal sebab hanyut.baru je meninggal.ramai orang tengok and aku datang, aku nangis gila gila.aku pelik asal aku sorang yang gila menangis.kememe betol.pastu aku lari balik sebab aku tak sanggup tengok and aku bagitau wawa dengan cha.tapi dalam mimpi ni cha senyap je.macam lari dengan realiti jee?haha.lagi satu muka cha ni kejap berubah jadi muka nadia.konpius aku.aku pulak terlupa yang kawan lelaki aku tertinggal masa tengok nadia tadi so aku pun amek nasi letak lauk ayam sebab nak bagi die makan.kesian die. masa aku sampai kat tempat kejadian,dah tak ade orang kat situ tapi kat lorong lorong ade orang ramai gila.then ade orang abang ni tanya aku ok ke tak? aku cakap la aku ok padahal baru lepas nanges gila gila.aku tanya mana kawan aku dengan arwah nadia? cess tetibe seram dengar arwah nadia haha.pastu die cakap kat umah mayat.aku pun berlari la kat umah mayat tu.tapi sebelom tu aku terserempak dengan satu group ni dorang lengkap pakai baju kurung maybe la nak bagi condolesence kat arwah tadi tapi aku perasan salah sorang dari dorang adelah dila.aik sejak bila kau tukar geng dila oi? kuang ajaq betol.senyap senyap je tukaq geng(apehal aku tetibe cakap kedah macam dila ni).haha. pastu aku blah la tapi cerita dah kene potong sebab aku dah tersedar ke alam dunia.mesti korang depressed kan? haha sabarrr jelah.


aku rasa hidup sangat dalam mimpi ni.yelah plot cerita pun kat laluan sungai kau.kata tsunami haruslah plot ala ala nature kan? haha.tapi logik jugak nadia ni meninggal sebab aku pikir nadia ni ade sakit belakang pastu mase tsunami kan sejuk pastu die meninggal.amacam? haha.tapi yang tak logik nye cha siap muka mintak penampor relax je.siap buat assignment lagi nak hanta esok kau.aku je beriya teresak esak menangis.haha geli.bangun tido pun harus ade air mata.apakah? mungkinkah kita ditakdirkan bersama nadia? haha geli lagi sekali. aku siap tepon nadia tanya die ok ke tak? baik kan aku? nadia cepat terharu and bersetuju nak teman aku makan aiskrim malam ni T.T

aku dah hitung kira balik ape kejadahnya mimpi aku tadi.first, aku tak sembahyang asar lagi yelah mase tido tu pukul 3 kot what do you expect yawww? haha tulah balasan untuk aku.em lagi satu, biasenya kalau aku ade eveningmare ke nightmare ke bila aku bangun aku mesti ade orang nak cakap yang aku okay and itu cume mimpi.tapi tadi takde pun.aku je dok nangis sorang.ghebe betol.haih tibe rindu kat kawan lelaki aku tu kalau ade mesti baju kau basah sebab aku nangis kat kau.haha.eh apakah? kata aku nak gamble hidup sorang sorang? asarehe betol.sila lupakan.

amaran: mimpi ni hanya mainan tido and tak ade kene mengena dengan hyang hidop atau yang sudah tiada.haha


so moral of the story,jangan nak tinggal solat ye adik adik.haha.aku pun baru je solat ni haaa rasa lega sikit.tapi aku masih tak paham la mimpi tadi,sakit kepala aku pikir.dah la nak basuh baju la macam ni.esok ade kok hee.bye korunkkkkkkk(gegaya cek epal).


p/s:nadia, i lap u.geli selama lamanya.haha:)

Thursday, April 7, 2011

dengar ini satu cerita:

aku nak tanya kau, pernah tak kau rasa macam apa yang aku rasa? kau jatuh hati kat sorang perempuan ni from the first time kau jumpe die but time to time, kau mula nak kenal dengan die and die pun get along dengan kau. kau rasa bahagia bila dengan dia and kau proposed die untuk jadi bf die. tapi die cakap die cuma anggap kau macam kawan.or macam sorang yang akan rapat dengan die sampai bila bila tapi hubungan itu takkan lebeh sampai ke kekasih. so what do you feel? sakit kan? hurm.aku tak boleh terima at first and aku keep on pertikaikan why she could do this to me?die cakap die sayang aku.and aku tau die perlukan aku tapi kenapa die tak terima aku as a kekasih? hah.i cant faced this.aku macam memberontak jugak tapi kemudian aku faham why she do that thing to me. kawan in all situations pun akan bertahan sampai bila bila tapi kekasih? yea masa suka kau sayang lah tapi dah tak suka mulala benci kan?.so aku mula faham.and aku amek keputusan disebabkan aku cintakan die,aku rela jadi macam ape yang die nak.macam kawan.demi cinta aku kat dia,aku buat lah macam tu.tragik tak? hurm ini takdir.

"Tuhan takkan bagi apa yang kita mahu,
Dia akan bagi apa yang kita perlu..."

Saturday, March 26, 2011

nyawa.

Dalam hidup aku, hanya ada 3 orang yang sampai aku mati aku akan sayang dorang.yang pernah hadir dalam hidup aku dan yang membawa seribu kebahagiaan.dorang yag mengajar aku tentang hidup, yang mendidik aku supaya aku tidak pergi terlalu jauh,yang akan selalu sayangi aku,yang selalu risaukan aku dan yang aku pasti,yang akan selalu menerima aku walaupun teruk mana diri aku.

aroy-walaupun aku tak pernah panggil kau abang even kau yang paling sulung dalam keluarga kita,tapi aku tetap hormat kau.aku sayang kau.aku ingat lagi kau cakap yang kau akan tunggu aku kawen dulu baru kau kawen.sebab kau nak lepaskan kitorang.nak biar kitorang senang.tapi aku cakap tak payah sebab aku lama lagi kot.jauh lagi.takkan kau nak jadi bujang tua.heh.tapi ain dengan angah dah kawen.tu pun dah cukup aku rasa tak perlu nak tunggu aku.tahun ni,ain beraya umah mak mertua dia.maknanya kita berdua je yang akan raya kat kampung kan? takpe,kau jangan risau,aku tolong kau kemas rumah nanti.aku masak rendang,ketupat and cekodok kegemaran kau.aku mesti belajar lagipun kau bangga sebab aku pandai masak kan?nanti kita pergi kubur mak,nenek dengan atuk sama sama eh? aku sayang kau.walaupun kau kuat membebel kat aku and aku tension,aku gembira sebab kau yang selalu ajar aku jadi orang baik walaupun aku tau hidup kau macam mana.time kaseh,kau jangan pergi dulu,aku nak aku yang pergi dulu sebab aku tak sanggup nak menangis sebab kau.sebab aku terlalu sayangkan kau.

angah-kau kakak aku.time kaseh sebab kalau aku balik,aku dapat tumpang rumah kau.rumah kampung takde orang so dapat aku lepak rumah kau.time kaseh jugak sebab kau bawak 3 orang yang comel dalam hidup aku.yang selalu buat aku gelak kalau aku sedih.yang selalu buat aku geram and yang selalu kejut aku bangun pagi hehe.sejak dari mak takde,aku anggap kau macam mak.walaupun kau tak kerja,kau takda duit tapi aku tetap akan mintak duit kat kau sebab aku anggap kau macam mak aku.kau selalu kalut,tapi aku suka sebab benda tu yang boleh buat aku senyum sensorang.kau selalu tengok benda benda kecik yang aku tak pernah perasan.kau selalu bekalkan aku makanan yang pada mulanya aku rasa tak perlu tapi at the end aku rasa kau sangat sweet.dalam adik beradik kita,kau je yang aku panggil angah,yang lain aku panggil nama tapi sayang aku tetap sama.aku tau kau ada sakit asma macam mak and kau selalu buat aku risau.aku tak nak kau tinggalkan aku dulu.aku takut.biarkan aku dulu yang pergi.aku tak tau camne hidup aku kalau takde kau.macam mana aku nak makan sate malam malam kalau kau takde?aku sayang kau sangat.

ain-aku harap kau hidup bahagia.aku kesian kat kau.aku tau kau tension duduk rumah mak mertua tapi kau sabar okay? aku janji kalau lah sem depan kau tak pindah lagi,aku bagi duit ptptn aku sikit kat kau so that kau boleh pindah rumah.aku tak nak kau tension lagi.aku taknak kau kene darah tinggi lagi.aku sayang kau sebab kau selalu ada.dulu masa kau tak kawen kita selalu beraya dua orang je kat rumah kan?sekarang kau dah kawen,takpelah at least ada orang boleh jaga kau.kau jaga diri sebab aku taknak hilang kau.

tiga orang ni adalah nyawa aku.kalau diorang takde,aku mati.diorang hidup aku.saat orang lain buang aku,diorang selalu ada untuk kutip aku and sayang aku.

time kaseh blog sebab kau maseh lagi nak dengar cerita sedih aku yang tak berkesudahan ni.time kaseh sebab kau selalu kuat dengan aku.aku harap esok mungkin kau boleh tersenyum dengar cerita aku.ehe.



Wednesday, March 23, 2011

aku rindu.

entri ni bukan untuk menagih simpati,cuma satu luahan hati yang aku rasakan harus aku tulis kerana hanya kepada blog ini yang aku boleh ceritakan.dan kerana aku tak punya siapa.

kalau kau tengah bosan tak tau nak buat apa,kalau kau rindu nak balik rumah,kalau kau sedih dapat result teruk,kalau kau gembira dan girang sebab result kau baik,kalau kau risau sebab tak study lagi,kalau kau tension sebab assignment banyak,kalau kau nak cerita pasal kau pegi jalan hari ni,kalau kau takda duit nak makan, kalau kau geram dengan kawan kau,kalau kau nak mintak topup, kalau kau nak bagitau cuti sem kau bila,kalau kau nak menangis sebab muet kau dapat band 3,kalau kau nak cerita pasal kawan kawan kau,kalau kau nak bagitau kau makan ape malam tadi,kalau kau nak cadangkan tema baju raya,kalau kau rindu nak peluk,dengan siapa kau nak cakap?

mak kau kan?

tapi aku tak ada.aku tak punya.

kenapa? sebab Tuhan sayang kat mak aku.sebab apa? sebab Tuhan tak sanggup lihat mak aku sengsara. kau boleh call mak kau and bagitau esok nak exam,tension.aku? kat siapa aku nak bagitau? kalau aku takda duit nak makan,dengan siapa aku nak cakap? orang lain dapat salam cium tangan mak.dapat peluk.aku.aku dapat apa?.kalau aku tension sebab kawan aku burukkan aku,aku kena hina,sapa yang aku nak bagitau? ada lagi ke orang lain yang boleh aku cerita? orang lain paham aku ke? tak.harus ke aku mempersoalkan takdir tuhan?perlukah aku tanya Ya Tuhan,kenapa kau ambil mak aku?tak,sebab aku harus redha.dah sembilan tahun mak pegi tapi kenapa aku perlu macam ni? aku kena kuat.kan mak dah pesan,jaga diri.kau tak dengar ke?aku tauuu tapi kadang kadang aku perlukan mak.aku nak peluk aku nak cium aku nak cakap aku sayangkan dia.hanya dia .tapi ada lagi ke masa aku untuk itu? tak.kenapa? jangan persoalkan.kau kena redha dengan takdir tuhan.jangan sesekali kau persoalkan.jangan.

Ya tuhan,lindungilah orang tuaku Ya Allah.sesungguhnya merekalah yang mendidik aku,menjaga aku,membela aku dari kecil.jangan kau seksa mereka Ya Allah.Kau boleh berikan apa saja dugaanmu kepada aku Ya Allah, tapi jangan kau sakiti mereka Ya Allah.Kau jaga mereka Ya Allah,kau sampaikan salam rindu aku Ya Allah.aku rinduuu.terlalu.

maafkan aku kalau emosi kau terganggu kerana aku.maaf.






Tuesday, March 22, 2011

cinta semalam itu kenangan,
cinta hari ini itu ingatan,
cinta esok itu  pengajaran.















.nota.

kau itu macam tak berguna.kau tu orang yang tak diperlukan.mereka itu takkan sekali kali memandang kau kerana kau hina.mereka itu terlalu bijak dan kau terlalu lemah.kau takkan benar dimata mereka walau apa jua yang telah kau lakukan sebaliknya kau akan sicaci maki kerana niat kau yang tulus untk membantu mereka.sudahlah, jangan kau bersedih sebaliknya redha dengan pa yang berlaku.kau harus berjanji yang kau takkan ulangi kesilapan yang mereka temui dan kau harus tabah dengan setiap dugaanNya.biarlah apa sekalipun yang berlaku,hidup mesti diteruskan.

kau- please be strong.





.cinta sempurna.

kali ini, ia datang lagi. pintu hati aku diketuk lagi. dia seorang perempuan yang aku rasakan terlalu indah untuk aku dampingi. terlalu sempurna untuk aku sayangi. tapi, sayang dan indah itu hanya sebagai seorang teman. ya, manusia akan lebih menyayangi teman dari seorang kekasih. dan itu yang aku lakukan.aku menghormati takdir andai kami cuma berkawan sampai bila bila kerna aku tak sanggup dan tak mampu kehilangannya..

Monday, March 21, 2011

I'M BLOGGING. AGAIN.