Monday, January 25, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 7

hari ini hari ahad.hari cuti baik bagi kanak-kanak yang bersekolah mahupun ibubapa. tetapi lain keadaannya di rumah mak cik irfan di seremban.Makcik dan pakciknya tidak mengenal erti cuti dan penat.hari-hari mereka akan berkerja keras.berniaga adalah satu kerja yag tidak mudah.dan dirumah,tinggallah irfan bersama anak-anak mak ciknya.Irfan bangun agak lewat.ketika dia turun ke ruang tamu,matahari sudah mula naik tinggi.saudaranya sedang leka menonton televisyen.memang padat rancangan untuk kanak-kanak ketika cuti sekolah ini.tetapi irfan mendapat kejutan besar sebaik sahaja turun ke ruang tamu.berselerak,bersepah.sampah di sana sini.walaupun rumah itu rumah seorang peniaga dan kecil tetapi kalau dikemas,ia tidak akan berselerak.sementara mereka sedang asyik menonton televisyen tanpa menyedari kedatangan irfan.Memang dari kecil lagi irfan dididik menjadi seorang yang pembersih dan tidak gemarkan seseuatu yang kotor.fikirannya berserabut melihat sampah disana sini lalu dia mencapai penyapu di dapur untuk menyapu sampah.ada anak dara pun tidak tahu buat kerja.gertu hati irfan.irfan cuma ingin rumah itu kelihatan sedikit kemas kerana dia berasa tidak selesa andai rumah berselerakan.walaupun bagi seorang lelaki,ia kelihatan pelik untuk mengemas rumah tetapi irfan tidak kisah seandainya perlakuannya itu mampu membantu mak ciknya."tolong bangun sekejap,aku nak sapu kat sini".pinta irfan tetapi mereka buat endah tak endah.irfan mendegus."tolonglah bangun sekejap,aku nak sapu ni bukannya suruh korang pun!..".nada sura irfan mula berubah.tetapi sekali lagi irfan tidak dilayan.irfan mula bengang lalu dia terus saja menghempas penyapu ke lantai dan kembali ke bilik.irfan geram,geram dengan perlakuan mereka yang langsung tidak mencerminkan yang mereka itu bersih.lalu irfan kembali duduk di atas katil.dia berfikir.sejenak kemudian,irfan kembali ke dapur dan melihat apa yang ada di bawah tudung saji tetapi irfan hampa kerana tiada satu pun juadah yang boleh  dimakan.dan dia bergegas kelaur untuk ke kedai yang berhampiran.setelah membeli makanan ringan,irfan pulang ke rumah.lori yang berwarna putih telah siap diparking di garage depan rumah makciknya menandakan mereka sudah pulang.sampai sahaja di pintu rmah,irfan disapa oleh pak  ciknya."ei budak,kau ke mana ha??"."kedai".irfan menjawab."kedai??kau buat apa ke kedai?kau tengok rumah ni,dahla tak berkemas,bersepah,tapi kau langsung tak tolong kemaskan.kau ingat kau duduk rumah ni free,kau tak payah buat kerja ha?dasar anak pemalas,dahla menumpang di rumah orang,tak tahu malu betul!!!".marah pakciknya.irfan hanya diam seribu kata.dia malas hendak menjawab kerana dia tahu pak cik nya takkan percaya apa sahaja yang dikatakannya.sementara makciknya tidak mendengar perbualan mereka kerana dia sedang mandi di bilik air.irfan kembali ke bilik.dia sakit hati,hancur kerana dia tidak menyangka nasib nya begitu susah kerana menumpang di rumah orang.dia diperlakukan seperti seorang tunggul,sentiasa dimarahi oleh pakciknya.irfan geram,teramat geram lalu tanpa disedari air matanya jatuh berlinangan...

malam itu,dia tidak turun makan.irfan masih lagi memendam marah kepada pak ciknya.semasa irfan baring di atas katil,dia merasakan tombol pintunya di pulas.sepertinya  ada orang yang mahu masuk.kerana sangkakan itu adalah pakciknya,irfan pura-pura tidur.selepas pintu bilik dibuka,dia melihat orang yang datang itu adalah makciknya.irfan tidak mahu membukakan mata lalu dia terus pura-pura tidur.mak ciknya datang kearah irfan lalu mengusap rambutnya."irfan,maafkan mak cik nak...'.air mata mak ciknya bercucuran jatuh.mungkin terkilan kerana tidak mampu menjaga anak saudaranya dengan baik.irfan cuma diam terpaku.sejenak selepas itu,mak cik nya keluar dari bilik dan berlalu ke ruang tamu.irfan membukakan mata.dia sebak,pilu kerana dia tahu tiada apa yang bisa dilakukan oleh maciknya untuk membela dia.irfan menangis.perasaannya bercampur-baur.kerana memikirkan keadaannya yang susah dari sehari ke sehari,irfan bertekad di dalam hati bahawa dia akan belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan bagi membela nasibnya,kakak-kakak nya dan abangnya.nasib mereka yang teranaiya.....


**********

Saturday, January 23, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 6

pagi itu cuaca cerah.bunyi sang burung melagukan lagu rindu memecah keheningan suasana.tatkala Nur mencelikkan mata,embun masih lagi membasahi daunan.lalu Nur bangun menunaikan subuh serta terus berdoa kehadrat illahi,Tuhan yang maha pencipta sekalian alam.walaupun Nur tidak habis-habis ditimpa musibah,dia tidak pernah menyalahkan takdir,tidak pernah mengeluh,tidak pernah berputus asa.selesainya Nur menunaikan ibadah wajibnya,dia kembali ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk Raja dan permaisuri dirumah itu.tidak lupa juga kepada tuan puteri yang baru pulang dari Australia.anak makngah nya.hidup Nur di rumah itu diibaratkan seperti seorang hamba."Nur,lepas kemas rumah karang,kau pergi ke pekan dengan Azie,tolong ambilkan baju aku yang tempah hari tu ye,jangan lupa beli barang dapur sekali..".pantas mak ngah menyuruh.Nur cuma mengangguk.selepas berkemas,Nur terus bersiap untuk ke pekan.lalu dia dan azie menaiki kereta meninggalkan perkarangan rumah.


"Nur,kau pergilah beli barang yang mak aku suruh tu,aku malaslah.aku tunggu dalam kereta je lah...".azie saja mengherdik.Nur akur.dia berlalu ke dalam pasaraya dan membeli barangan keperluan  rumah mak ngahnya.banyak sungguh barang yang dibeli.Nur mengangkat semua barang itu seorang diri sementara azie hanya makan angin di dalam kereta.tidak menang tangan Nur membawa barang itu,ke kiri, ke kanan.seperti minah indon  menjual jamu pun ada.mungkin.sebaik sahaja Nur melalui Lorong-lorong kereta untuk sampai ke kereta azie,tanpa disedarinya,ada sebuah kerata BMW bernombor WAT1101 sedang berundur.Nur tidak dapat mengelak.sekelip mata sahaja Nur sudah terjelepuk di atas bahu jalan.Nur pening.pemandu kereta itu turun dengan penuh cemas,terus meluru ke arah  Nur."awak,awak tak apa-apa ke?Ya allah,awak,saya minta maaflah.saya betul-betul tidak perasan awak di belakang kereta saya..".Nur pening."erm..tak apa-apa.saya okay..".pendek Nur menjawab.memang sudah menjadi sikap Nur yang sentiasa memaafkan kesalahan orang,tambahan pula itu memang salahnya juga kerana tidak berhati-hati.dalam terik mentari,Nur dapat melihat wajah pemandu kereta besar itu.tampan,tinggi,kulitnya putih seputih salji,bibirnya merah menguntum senyum.Nur terpana.lelaki tadi yang risau akan keadaan Nur segera membantu Nur untuk bangun.Nur menolak.dia bingkas berdiri sendiri.wajah lelaki itu kelihatan kemerah-merahan mungkin kerana pancaran terik matahari.tanpa mereka sedari,perlakuan mereka disaksikan oleh Azie."Nur!!....kau kenapa nie?".azie berlakon baik di depan lelaki itu."maaflah encik,saudara saya nie memang kelam kabut sedikit,maaf kerana menyusahkan encik".pemuda tadi hanya tersenyum."oh tidak..ini silap saya sebenarnya.saya yang tidak peka.pantas pemuda itu mejawab.azie tersenyum lebar.dia kemudian pantas menarik tangan Nur berlalu pergi tetapi pemuda tadi sempat memanggil."erm..boleh saya tahu siapa nama saudari??"."azie".azie pantas menjawab.Nur tunduk lau berlalu pergi.lelaki tadi cuma bingung lalu meninggalkan temgpat itu."boleh tahan hensemnya lelaki tadi kan??".azie bertanya.Nur cuma diam lalu dia memandang azie yang senyum sendirian..Nur dapat merasakan bisa di kaki dan pehanya akibat terjatuh tadi.lebih perit lagi rasanya apabila dia memikirkan nasib adiknya,Irfan......


**********

GULA-GULA DARI SYURGA-part 5

"elok lamanya kau pergi kedai??kau beli gula ke buat gula?".mak ngah bertanya.Nur cuma diam.dia tahu apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti tidak kena dimata  mak ngah.Nur cuma berlalu ke dalam bilik."eh budak nie,tengok tu bukan main kurang hajar kau lagi kan?aku cakap kau buat hendak tak hendak je..ishh budak nie!".Nur cuma mengurungkan dirinya di dalam bilik.fikirannya kusut.serabut.selepas lama termenung,dia bangkit untuk menunaikan solat.mungkin ini caranya untuk membuatkan hatinya tenang.


"Irfan,mak cik dah uruskan semuanya.sekarang irfan ikut cikgu masuk kelas,cikgu akan ajar irfan okay?".Irfan diam."irfan jangan risau,mak cik dah bayar yuran,buku pun dah beli,nanti pukul dua,mak cik suruh pak cik kau ambil ye..??".Irfan mengangguk perlahan."ye,awak nama siapa?".seorang wanita gempal bertanya.tetapi tetap manis bertudung.redup anak mata memandang."Irfan".pendek irfan menjawab."owh,saya cikgu rafidah.mulai dari hari ni,saya akan jadi guru kelas awak dan saya akan mengajar bahasa melayu.mari,kita ke kelas!"...irfan cuma menuruti.dia semakin berdebar untuk berdepan dengan semua orang,bimbang jika dia tidak mempunyai kawan.walaupun dia sudah melonjak ke tingkatan satu,tetapi dia seorang anak yang manja.dia tidak pandai bersosial.mungkin itu yang menjadikan dia seorang yang sangat disayangi oleh keluarganya.Irfan tidak tentu rasa.bimbang,berdebar,gugup,sayu.semua perasaan itu bercampur baur dalam dirinya.dia tidak tahu apalah nasibnya nanti.


"selamat pagi cikgu!!".semua pelajar memberi hormat sebaik sahaja cikgu rafidah memasuki kelas.irfan dapat mendengar dan melihat semua orang yang memerhatikannya.ada juga yang sedang berbisik-bisik."selamat pagi,awak boleh duduk.owh ye,hari ni saya akan perkenalkan seorang teman baru di sekolah ini,kawan kamu semua.namanya irfan".irfan cuma senyum.kelat.."baiklah irfan,kamu boleh ambil tempat".Irfan berjalan ke belakang kelas dan mendapati ada satu tempat kosong.mungkin itu untuknya.dia duduk.diam.suara cikgu rafidah memecah keheningan."baiklah para pelajar,bagaimana cuti sekolah awak semua??seronok?".semua pelajar di dalam kelas menjerit.seronok bunyinya."mari kita kongsikan apakah aktiviti yang awak semua lakukan ketika cuti sekolah.azuita,kamu mulakan dulu..".satu persatu pelajar berkongsi masa gembira mereka.ada yang pergi bercuti dan ada yang terperap di rumah.dan kini tibalah giliran Irfan."kamu irfan,apa yang kamu lakukan ketika cuti?cikgu nak kamu ceritakan sedikit latar belakang kamu.sepertinya ramai yang ingin tahu mengenai kamu ye???...".pelajar perempuan tergelak-gelak.ada juga yang tersengih seperti kerang busuk.irfan bangun.dia menghela nafas panjang."nama saya Ahmad Irfan Azhari.panggil saja irfan.saya berasal dari melaka,kini tinggal  di Seremban.cuti yang lepas....saya,saya cuma duduk di rumah...".ringkas irfan bercakap."itu sahaja???hobi kamu?latar belakang keluarga??".cikgu rafidah galak bertanya."saya suka melukis.setiap masa saya akan melukis kerana dengan lukisan saya akan dapat menceritakan kehidupan saya.ermmmm...irfan diam.cikgu rafidah mengangkat kening,tandanya dia mahu irfan bercerita lagi.irfan mengeluh."saya tidak mempunyai ibubapa.mereka telah pergi jauh dari hidup saya...".irfan sayu.pelajar lain yang seketika tadi tersenyum-senyum memandangnya,kini telah berubah wajah."ibu saya telah pergi  meninggalkan kami dua minggu lepas dan kini saya menetap di rumah bapa saudara saya".irfan diam seketika.cikgu rafidah menyuruhnya duduk."baiklah para pelajar,kita akan mulakan pelajaran dengan tatabahasa.kamu semua boleh buka buku muka surat 12".para pelajar yang tadi nya terkedu kini kembali seperti biasa meneruskan pelajaran sementara irfan hanya sayu melihat masa depannya yang kian pudar......


**********

Wednesday, January 20, 2010

suara rindu:-)

Suatu yang indah


Ceritanya bermula semalam


Andainya dapat ku rasa selamanya






Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki


Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi






Ku teruskan hidup


Hari demi hari pun berlalu


Seksa dan derita ku tanggung sendiri






Apa yang tinggal hanyalah


doaku padamu Tuhan


Pasrahku hanya kamu yang menentukan






Pun tak pernah ku sesalkan


Kecewa datang dan pergi


Tinggalku sendiri






Ditakdirkan aku syukur selalu


Sesungguhnya aku tahu


Temanku hanyalah aku






Semoga suatu hari nanti


Dapat ku temui


Penawar dukaku yang berdarah duka


Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu


Laguku untukmu buat selamanya

Tuesday, January 19, 2010

maaf;;

ye,seperti kata di atas,aku nak minx maaf kepadasesiapa yang masih tertunggu tunggu (macam ada) keluaran part 5 gula-gula dari syurga.hehehe dua tiga hari ni mood aku tak berapa baik.yelah walaupun umur baru 19 tahun 1 bulan tapi terasa badan dah tua.wakaaka.seriously wei asyik sakit-sait je.tengok,rasanya macam dah ada petanda nak tua: pertama,rambut dah gugur2,bukansehelai tapi dua helai hahahah.kedua, badan dah sakit-sait.oh ye cerita pasal sakit ni,tadi aku pegi pku uum nie ha.tension betul lah,aku dah la sakit lain,doktor kata aku gastrik plak.memang la ade gastrik,tp tadi tak sakit lagi tau??pastu sibuk cakap aku gastrik,bagi ubat bertimbun dah,tapi sakit pun tak elok lagimengucap alfie,ni semua dugaan tuhan heheh).haih,tak tahulah apa penyakitnya aku ni.tapi memang lah kan,naa pun pusat kesihatan,tak kan la die nak tilik badan aku ni seinci-seinci kan??bak kata si dia tai,"pegi lah specialist...".erk,kalau lah saya ni anak sultan kedah ni bolh la gi specialist yang,ada ke specialist bayar 20 sen???haih macam-macam lahh.okay sekian sahaja nanti aku akan update lagi cerita tu ya..entry disudahi dengan senyum

:-)

Sunday, January 17, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 4

"Nur! bangun! kita dah sampai,membuta je keje budak ni ye!".Mak Ngah melenting.Nur menggosok-gosok matanya lalu dia bingkas bangun dan mengangkat barang nya ke dalam rumah."Ni,bilik kau Nur!kau duduk je kat sini,bukan nye buruk sangat pun,kau bersihkan sikit je dah ok".Nur cuma diam.dia dah tau memang ini akan terjadi.memang ini nasibnya.dia akur,bilik setor yang buruk itu bakal dihuninya mungkin selama 2,3 atau 5tahun lagi. dia ditinggalkan sendirian.Nur sedih.apalah nasib adik-adiknya itu.dia bertekad kini dia harus hidup sendiri.dia perlu berdikari.dia tidak harus menangis tetapi dia harus kuat untuk menempuh segala cabaran."Nur!kau buat ape tu??mari tolong aku masak di dapur.kau tu anak dara,jangan nak berlagak macam orang kaya tau! mari kesini kau!".Nur bingkas bangun dan mengekori mak Ngah ke dapur.


"Irfan,ini bilik Irfan ye.Irfan akan tinggal dengan Fizan dan Amin.Mak Cik minta maaflah rumah ni kecil sedikit,yelah kami pun Tak kaya mana.mak Cik janji selagi irfan duduk dengan Mak cik,mak cik akan jaga irfan.Apa yang mak cik makan,Irfan makan ye nak!".Mak cik memujuk Irfan sedangkan Irfan masih lagi muncung.merajuk agaknya budak ni.mungkin dia masih sedih.fikir mak cik nya."dah,Irfan rehat dulu nati mak cik dah masak mak cik panggil makan ye.owh ye,esok kite akan daftar sekolah Irfan.nanti mak cik bawak.dah,Irfan jangan sedih-sedih,mak cik kan ada".begitulah pujukan mak cik nya.kemudian,dia berlalu keluar dari bilik tu.kini Irfan keseorangan.

"budak tu buat ape?".Pak cik nya bertanya."ntah bang,die termenung je".isterinya menjawab."mengada-ngada betul rasa macam nak bagi penangan je kat budak tu"."Ishh abang ni,jangan lah berkasar sangat,kita kan kena jaga dia,tak elok lah buat dia macam tu bang,dia tu anak yatim piatu.."."ah! ada aku kisah?? dahla menyusahkan orang je,kalau tak kerana si Teh tu suruh,tak nak aku jaga budak ni.Mak cik cuma mengucap panjang.walaupun dia rasa terbeban,tetapi tak sanggup dia membiarkan anak saudaranya merempat,biarlah dia yang menjaganya.memanglah suaminya tidak suka,kerana budak tu bukan anak saudaranya,hanya dia yang kasihan kepada anak kakaknya itu.Dia pun tahu sikap suaminya yang panas baran.dia  berlalu ke dapur.

"Nur,kau tolong pergi kedai sekejap kat depan tu,gula dah habis pulak!".mak ngah menyuruh."yelah mak ngah,sebentar,Nur pergi ye..".Nur pun berjalan menuju ke kedai.langkah nya yang lemah itu cukup menunjukkan yang Nur masih penat kerana terpaksa membuat kerja-kerja di rumah itu. Selepas Nur membeli gula,dia ternampak sesuatu.yang pastinya dapat mengubat rindu pada adiknya.dia tersenyum.lalu dengan cepat dia menggapai gagang telefon lalu mendail nombor rumah mak ciknya.......

"Irfan,ke sini sebentar! ".lembut mak cik memanggil.Irfan datang."ni ada panggilan untuk irfan,jawablah..".Irfan bingkas pergi sementara dia memerhati bahawa pak ciknya sedang merenung tajam ke arahnya.."hurmm..Hello?siapa ni?".Irfan bertanya."Irfan!..."Nur terdiam.suaranya bagai tersekat di kerongkong..."kakak! kakak!Irfan rindu kakak,kakak datanglah sini! kakak!".Irfan menangis,kuat."kakak jauh dik,kakak tak boleh datang.Irfan jaga diri,dengar cakap Mak cik,jangan nakal-nakal ye!..."."kakak,Irfan tak nak tinggal disini kak,Irfan nak duduk dengan kakak!"."dik......!".tut...tut..tuut..."kakak!".Irfan meraung.panggilan putus.Nur terduduk,dia cuma mampu menangis.tidak tertahan lagi rindunya pada irfan.kalaulah irfan ada di depan mata,pasti dipeluknya irfan,diciumnya..tapi Irfan jauh.....Nur mengesat airmatanya, bangun lalu berlalu pulang ke rumah.tanpa disedarinya,ada mata-mata yang sedang memerhatikan Nur....


**********

Saturday, January 16, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 3

Sedih.gelisah.keluh.kesah.itulah perasaan Nur yang bercampur baur sejak malam tadi.dia tidak dapat memikirkan apalagi caranya supaya dia tidak dipisahkan lagi dengan adik-beradiknya kerana dia tidak diberi peluang.tiada satu pun peluang diberikan untuknya.apa saja kehendaknya,pasti ada bantahan.pagi itu,selepas bersarapan,Nur kembalik ke bilik lalu mengemas pakaian nya dan juga adik-adiknya.dia menangis.sedang dia meratap,Irfan lalu masuk dan melihat kakaknya.dia pelik.apakah yang dilakukan kakak pagi-pagi ini??dia duduk."Kak,kita nak pergi mane ni kak??.Nur diam.dia kembali bersuara."kakak,jawablah!".Nur mengesat air mata di pipi."Irfan,hari ini Irfan akan pindah ke rumah mak Cik tau,Kakak akan duduk di rumah mak Ngah.jadi,Irfan tak boleh nakal-nakal ye.Irfan kena jaga diri,Jangan susahkan mak Cik ok"."kakak kata kakak nak jaga Irfan tapi kenapa kakak tak duduk dengan Irfan??kakak ni tipulah!..".Irfan bangun lalu bingkas keluar dari bilik itu sementara Nur hanya diam membisu.




"Nur! dah ke belum?cepatlah mak Ngah ada hal di rumah,Pak ngah kau ada mesyuarat.pak cik dengan Mak Cik pun nak balik dah.mereka semua ada hal takkan hak hebohkan kau adik beradik je??!".Nur bangun lalu keluar dari bilik."dah Mak Ngah"."apa banyak sangat ke barang kau sampai lama kau mengemas ha??"mak ngah mengherdik.Nur cuma diam."dah,bawa barang tu masuk dalam kereta,cepat!!".Nur cuma menuruti.Nur mengambil barang-barangnya lalu berlalu di luar rumah.Siti telah menunggu."siti,kakak nak pergi dulu ya,siti jaga diri baik-baik,ingat pesan akak"."yelah kak,siti memeluk Nur sambil mereka menangis.hiba.hening.perasaan itu telah menyelubungi Nur sejak malam tadi.Mereka juga telah mengucapkan selamat tinggal kepada Roy yang baru sahaja pagi tadi berangkat ke Kuala Lumpur. Kini tiba giliran nya.Siti pula akan berangkat esok kerana Pak teh mahu balik esok,mungkin hendak mengorek harta lagi di dalam rumah itu,mungkin.Sedang Nur berpeluk dengan Siti,dia mendengar jeritan Irfan dari luar rumah."Irfan tak mahu lah!!!tak paham ke?Irfan kata tak mahu,tak mahulah!"."hei budak,kau kene ikut aku tahu,jangan nak cari pasal!"pak Cik menengking.Irfan menangis,menjerit."kak!tolong Irfan kak!".Nur berlari mendapatkan Irfan.dia memeluk Irfan seerat-eratnya."Irfan,jangan lah macam ni dik,Irfan kena tinggal dengan Mak cik ye sayang!"."Irfan tak mahu kak,Irfan nak tinggal dengan kakak!kakak kan nak jaga irfan".Nur menangis,kuat.Pak cik menarik tangan irfan dari belakang.Nur terpaksa melepaskan genggaman tangan Irfan."kakak!kakak tipu Irfan!kakak kata kakak nak tinggal dengan Irfan!kakak tipu!!!.."."Irfan,kakak tak tipu Irfan,Irfan jaga diri ye dik!.."."Nur,cepat masuk!"Mak ngah menjeling.Nur terpaksa membiarkan Irfan terjerit-jerit menangis.dia cuma mampu menangis."kakak!Kakak!Kakak!".Nur cuma melihat Irfan yang meronta-ronta di dalam kereta pak cik nya.Nur sedih,Nur derita.Cuma ini kali terakhir dia akan melihat irfan.Entah bila lagi mereka akan berjumpa.Nur berlalu meninggalkan Irfan.kereta Mak Ngah mula meninggalkan perkarangan rumah.Hatinya bagai direntap,dicabut,dia kini tiada apa lagi.semuanya bagai hancur,berkecai.tiada lagi tawa duka Irfan,gelak Siti,gurau senda mereka adik-beradik.semua berlalu bagai angin yang bertiup.dan kini Nur hanya mampu menahan sedu di dada dan dia tidak pasti apakah nasibnya di rumah Mak Ngah...juga nasib irfan,Siti,dan Roy....Nur tertidur..Penat setelah menangis,luka....


**********

Friday, January 15, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 2

Malam itu,selepas kenduri arwah,mereka berkumpul di ruang tamu.semua orang ada.dan pastinya malam itu Nur merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada mereka adik-beradik.Sejak ketiadaan ibunya yang beru saja pergi ditambah pula dengan perceraian antara orang tua nya membuatkan hidup Nur adik-beradik semakin susah.semakin keliru.Ayah Nur dipaksa berpisah dengan arwah ibunya kerana hasutan dan paksaan Pak cik dan Makcik mereka.Entah kenapa mereka semua tidak menyukai ayah Nur.Mereka sanggup pisahkan kebahagiaan Ayah dan Ibunya sedangkan mereka berdua tidak mempunyai masalah pun.Nur yang sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur terkejut tatkala Pak Cik nya memanggil namanya. Die dengan terkocoh-kocoh mengelap tangan lalu berlalu menuju ke ruang tamu.Di ruang tamu,semua orang memandangnya.Mata-mata hantu yang melihat dengan penuh rasa tidak puas hati."Nur,duduk sekejap.Kami nak berbincang dengan kamu adik-beradik"Mak Ngah menyuruh.Nur duduk disamping Irfan.Semua diam.seperti malaikat lalu,mungkin.Lalu,Mak long terus memulakan bicara."Nur,sejak mak Nur tiada lagi,kami telah berbincang bagaimana cara untuk membesarkan Nur adik-beradik".Nur diam sambil memandang abangnya,Roy."Nur,kami inginkan yang terbaik buat kau adik-beradik dan kami telah putuskan bahawa kami akan mengambil setiap orang daripada kamu untuk dijaga.Nur duduk dengan mak Ngah,Irfan,duduk dengan Mak CIk,Siti akan duduk bersama Pak teh,dan Roy kami akan suruh die bekerja di Kuala Lumpur.Tambahan,Roy pun dah layak untuk bekerja".Nur diam,terpaku,tiada apa yang dapat dilakukan lagi selain mengalirkan air mata sambil memeluk Irfan.dia tidak dapat membayangkan bagaimana irfan hidup tanpa dia kelak."Nur,kami mahukan yang terbaik untuk kamu adik-beradik,itu saja"pendek Pak Teh menambah."Tapi,Nur tak mahu kami dipisahkan mak long,Pak Teh.Kami nak hidup bersama adik beradik.Irfan pun bukan boleh hidup sendiri,dia kecil lagi,dia perlukan Nur!"Nur membalas sambil menahan tangis di dada."Nur!!!!kan kami dah cakap,ini semua untuk kebaikan Nur adik-beradik.dah!!kamu semua pergi masuk ke dalam,tidur!!.Nur tersenggup-senggup menahan tangis lalu dia banhkit menuju ke bilik bersama Irfan dan Siti.Abangnya,Roy masih lagi diam tanpa kata.




Nur menangis sekuat-kuatnya di dalam bilik.dia tidak dapat menahan peritnya lagi.Irfan yang tadi diam mula berbicara."kak,kenapa kakak nangis?kenapa kak?akak sakit ke?".Nur memeluk irfan dan Siti."adik,jaga diri ye,lepas ni kite tak akan hidup sekali,tak akan bersama lagi.Irfan kena duduk dengan Mak CIk jadi Irfan tak boleh nakal-nakal.Siti pun.kakak sayang kamu.Tapi mungkin dah takdir kita begini.Siti sudah menangis teresak-esak.semakin lama semakin kuat.dan mereka saling berpelukan..Sementara di luar,Pak CIk dan Mak Cik nya sedang sibuk membahagikan harta ibunya yang tidak seberapa itu.Nur dapat dengar dengan jelas."Teh,kau nak ambil tak gelang ni,kalau tidak,angah ambil?"."tak mahulah kak,saya cuma mahu duit kak Lang tu nak buat jaga mereka ni.ishh menyusahkan je"...Nur hanya dapat menangis.menangis dan terus menangis mengenangkan nasib diri dan malam itu dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan perpisahan yang akan dilaluinya.mungkin minggu depan,mungkin lusa atau mungkin esok!!!!!


**********

GULA-GULA DARI SYURGA-part 1

"Irfan,bangunlah,jom makan??'.irfan menggeleng."kak,irfan x nak lahh,irfan xda selera lah kak..".Nur menghela nafas panjang.dia tak tahu bagaimana lagi caranya untuk die memujuk Irfan."Irfan,janganlah macam ni,nanti Irfan sakit siapa yang susah??kakak dengan abang jugak kan?kami semua risau kan Irfan..Jomlah dik!".Kak,kenapa mak tinggalkan kita??mak tak sayang kat Irfan lagi ke kak?mak tak kesian ke tengok kite macam ni kak??".Nur menggeleng."Irfan,mak kan dah pergi,tak eloklah cakap macam tu..Tuhan sayang mak lebih dari kita Irfan..sebab tu Tuhan ambil mak dulu.."tapi kak,Tuhan tak nampak ke yang kite perlukan mak?sapa nak bagi kita makan lepas ni kak?Tuhan tak nampak ke yang Irfan ni sayangkan mak??sape nak tidurkan Irfan lagi kak?.."Irfan mendengus kecil.Nur tidak tertahan lagi lagi air matanya.die duduk disisi anak kecil itu lalu memeluknya.."Irfan,Irfan dah besar,irfan kena belajar sendiri,kita bukan orang senang dik. Mulai dari sekarang,akak yang akan jaga ifran.Irfan jangan risau ye?akak akan jaga irfan elok-elok sampai irfan besar..Irfan kan budak baik..dah,jom makan jom..".Irfan akhirnya akur dan mereka berlalu ke dapur.


Di dapur,ramai saudara mara mereka memenuhi ruang.Pak Ngah,Mak Long,Pak cik,Pak Tih,semua ada.mereka kini sedang enak menjamu selera selepas penat menguruskan pengkebumian Mak Irfan,Nur,Roy,dan Siti.sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat semua datang untuk menyaksikan arwah buat kali yang terkhir dan Alhamdulillah,semuanya telah berakhir dengan selamat.jiran-jiran tetangga pula ada yang telah pulang ke rumah mereka dan ada lagi yang masih menangisi pemergian Arwah."Nur,Roy mana??Pak Teh bertanya."dia di kubur.."pendek Nur menjawab.."Nanti panggilkan die,Pak tih nak bertanya sesuatu"."ye,baiklah".Nur berlalu pergi lalu mendapatkan Irfan."Irfan,makanlah,kakak ambilkan lauk ye.."Irfan hanya mengangguk.Selepas makan,Irfan kembali merenung ke luar jendela,merenung apakah nasibnya selepas ini.Bagi anak yang baru berusia 12 Tahun,dia masih lagi tidak mengerti dengan jelas apakah sebenarnya yang terjadi kepada dirinya.Sementara Nur yang masih di dapur,sedang lelah memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada dirinya dan adik beradik nya mulai hari ini,esok,dan selamanya...


**********


GULA-GULA DARI SYURGA

setelah selesai membuat satu daripada tujuh assignment,saya telah menarik nafas lega kerana saya telah bertambah rajin dari sehari ke sehari(tetibe**)..kini,saya telah merancang ntuk menulis dan menerbitkan satu novel pendek atau senang cerita cerpen di blog ku yang tersayang nieh(saje nak promote dah ade layout baru**).heheheeh..setelah mendapat ilham semase hendak mandi sebelum g solat jumaat tadi,saya telah memikirkan semasak2 dan seempuk2 nye tajuk novel saya itu adalah "GULA-GULA DARI SYURGA".tajuk x nak gempak kan?hahahaah..sebelum saya menulis novel ini,pesanan yang saya ingin berikan adalah jangan menangis atau menjerit x tentu pasal apabila membaca novel ini ye..sekian::...



dia kembali..
mencari hidup yang x pasti..
setelah sekian lama perit yang dilalui..
dia kini datang lagi..
mencari cinta yang hakiki..
IRFAN..seorang lelaki yang sering mengetuk pintu hati..
dan dia,MIA DATO MAZLAN,wanita yang tak pernah jemu mencintai seorang lelaki..
adakah bahagia milik mereka??
bagaimana masalah yang melanda irfan??
dapatkah mereka bersama??
nantikan..


yea,,saya ulang sekali lagi,NANTIKAN!!

Wednesday, January 13, 2010

if i were a girl?

kalau kak Rihanna ada lagu if i were a boy,ni aku ade cerita if i were a girl.hahahak poyo gile seyyhh.tapi x dapat dinafikan kenkadang fantasi melangkau realiti,kenkadang angan-angan mengaburi yang nyata huhuh so arini aku nak menceritakan angan-angan aku kalau aku ni seorang perempuan yekk;;


first,of course lahh aku nak jadi perempuan yang macam ni.dah namenye berangan x kan nak yang kurang cantik kot hahahah...









kalau la aku ni perempuan,mestilah aku ni seklasik anne hathaway(eja betul ke x pun x tau).yea selepas itu mestilah seseksi megan fox.ngauuummmmmm!! hahahah,secantik dan seanggun tizz zaqyah(aduh cair dow),seglamour sedatin ala2 siti nurhaliza hahah(maaf kalau penggunaan kosa kata yang salah;;),dan sepelik dan seunik lady gaga..just dance..lalalalalaal hahah!


ni nak cite sikit hidup aku nie..bangun tido je bermalas malasan kat katik aku yang empuk kalah katil vono ziana zain tu,menguap 5 6 kali dulu baru bangun.buka mata je dah ade maid datang anta air fresh oren..maid tu mestilah lelaki yea!pastu maid tu siap2 kan air untuk aku mandi nie -air-bunga-ke-susu ke-ape-ke kan??
dah siap mandi aku pakai baju..make up?


 

  

 

yes!perfect!em pastu pakai la perfume plak..



 


erm...sedapnye bau..opppsss dah lambat cepat pakai kasut!



 
jimmy choo yea kawan!
 okayy jum kuar nak kene cepat ade PC!pc tu bukan lah sejenis makluk yang duduk atas meja dan kelip2 lampu die tapi PRESS CONFERENCE.aku artist kan???

  

ni lah saya.hot nye! hahahaah..



 


emm guess what in my hand???its L-O-U-I-S-S V-U-I-T-T-O-N!



 


plastik sampah juga!!okayy saya akan berjalan di depan orang ramai dan selangkah aku nak melintas traffic light,semua kenderaan akan.....freeze..dan semua orang pandang aku..terpaku,terkesima,tergamam,tercekik mungkin...dup dap dup dap..bau minyak wangi menusuk ke hidung masing-masing...phewww!



 


wah! x sangka saya ramai peminat yek hahahaha..sebaik saje sampai di tempat tunggu bus(kantoi xde kete lak),semua jejaka-jejaka akan memanding sambil bergosip sesama mereka.."heyy dude! wow,gorgeous!!!"dan aku hanya tesenyum..sambil tersenyum2 nak naik bus,kasut jimmy choo ku ini telah salah langkah lalu jatuh terkelepott atas jalan sambil bus meninggalkan aku dan tanpa disangka-sangka aku ade bajak lalu kat belakang bus tu lalu menyodok aku dan menggiling-gilingkan badan aku sampai penyek-dah-tammat-!!!


anda sangka cerita ni dah tammat??oh tidak sama sekali.ni plak cerita aku mase nak kawen dengan jejaka pilihan buah hati pengarang jantung ku gagaga...em dress???



 

ni ok x??



 

erk macam baju dinner je??



 

wow!sangat sexy-perfect-gorgeous



 

kasut saya!


dan aku pun melangkah penuh bergaya..sampai je masjid,bakal laki aku marah koz pakai over2 padahal nak nikah bukan nak pakai baju kurung pakai gown plak lalu die pun menendang aku sampai jatuh tergolek doggg dah mati aku dah!!


itulah pengakhiran hidup aku hehehe..patut lah tuhan x nak bagi aku jadi pempuan koz kalau x sure masuk neraka dah la seksi bagai..seksa tengok hahahah..kau jawab lah nanti jang!!!!tammat~~~


p/s:entry ni x berkenaan dengan yang hidup mahu yang sudah tiada.terima kaseh!!








Tuesday, January 12, 2010

saya adalah calon pelajar akademi fantasia 8!

terkejut???
ya,percayaaaalahhh apa yg anda saksikan adalah benar-benar berlaku..
dah jangan gosok-gosok mata tu hahahahaa;;





impian ku tinggi melangit!! hahhaah tapi seriously teringin rasenye nak masuk akademi tuhh..dapt jejak toilet ke lantai akademi pun jadi lahh hahahah..haih bile la masenye aku nak jadi student af nie??ni student uum je bosan lahh huhu..teringin nak menyanyi depan orang ramai walaupun suara x sesedap suara jaclyn victor..kang kalau menyanyi kat bus stop kat depan dewan kuliah tu orang kata gila meroyan lak uhuhhu.
maybe kalau aku masuk af aku mesti ade dalam pix ni nanti..






hoi sangat lah berangan aku disitu yek hhahaahah......


haahaha sekali lagi berangan..dah la kalau aku masuk nanti korang jangan lupe vote hahahaa kang menang aku belanja makan roti canai.makan sampai muntah;;
chioa!

Friday, January 8, 2010

(T.T)hidup bukan untuk menangis!

kita dilahirkan di muka bumi ni bukan untuk menangis dan bukan untuk merintih bahkan setiap apa yang berlaku pada kite janganlah kita cepat melatah sebaliknya terus kuat dan bersabar di atas dugaannya.sabar...semua orang boleh mengatakan untuk bersabar tapi pabila mereka di tempat kite adakah mereka layak untuk bersabar??cakap x semudah untuk kita lakukan.huh..minggu ni saya terlalu banyak dugaan yang diberi oleh Allah mungkin niatNya untuk memberi kesabaran kepada saya tetapi saya mudah jatuh,mudah melatah dan ini membuatkan hidup saya x keruan.tangis,itulah perasaan saya ketika ini.terlalu perit untuk dihadapi semua tapi tapi demi kehendakNya,saya teruskan jua;;


masalah 1;family problem.saya rasa x keterlaluan disini kalau saya ingin menceritakan apa yang sedang saya lalui sekarang.ini bukanlah dugaan yang pertama saya terima melibatkan masalah keluarga tetapi dah beribu-ribu kali masalah ini berlaku.biar orang cakap saya kurang ajar,biadap,tak mengenang budi..tapi saya x kisah kerana apa yang saya lakukan untuk mempertahankan hak saya,hak yang telah lama pergi semenjak saya kehilangan kedua orang tua saya.mereka suka untuk melakukan ape saje,mereka suka untuk memijak-mijak saya,abang saya,kakak2 saya,kami...tapi kami x pernah lakukan ape2 yang teruk seperti yang mereka sangkakan.hei!tolong pergi dari hidup kami,kami x perlukan kau lagi,kami boleh hidup tanpa kau!tolong!tolong tinggalkan kami disini,kami x perlukan kau unutk mengajar kami.kau tahu x,dari kecil,kau selalu menyusahkan hidup kami,kau selalu memporak perandakan keluarga kami,please!berambuslah kau!!!apa lagi yang ingin kau lakukan pada kami kali ini ha???x cukupkah ape yang dah kau lakukan hari ni??tolong jangan kacau kami lagi..Allah itu maha kuasa,kau tunggu ini hari kau,tapi esok lusa kau x kan tahu lagi.aku x berniat untuk membenci kau tapi kau yang buat aku untuk selalu membenci kau!kau sangat menjengkelkan.andai aku berkuase ingin sekali aku cabut semua deria kau biar kau derita dari kami!tapi aku x boleh,dan aku hanya mampu memandang kau menyakiti kami sekeluarga..tapi jagan cabar aku untuk melakukan semua yang kau x pernah jangka.terima kaseh semua mak cik dan pakcik saya yang sungguh menyakitkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


masalah 2;cinta.cinta x pernah menyakitkan tetapi cinta itu mampu membunuh kita.saya kini sudah buntu,cinta,kau pergilah jauh2!!!pergi kau dari sini!jangan kau dekati aku lagi..aku x ingin kau cinta!!!aku x ingin!tapi aku x boleh menolak kau setiap kali kau mengetuk pintu hati aku.cinta,maafkan aku andai aku x bisa untuk membahagiakan kau.cinta,maafkan aku andai aku bukan untukmu,maafkan aku andai aku selalu menyakitimu,aku ingin tidur..dan aku x ingin bangun lagi supaya aku boleh pergi tanpa cinta.cinta.bersabarlah,serahkan ini semua kepadanya!;;


masalah 3;kekurangan.saya adalah seorang hamba yang penuh kekurangan.anda juga,kita semua seorang hamba yang serba kekurangan tapi kurangnye saya kerana saya x pernah diberi mase untuk mengecapi kebahagiaan.mungkin saya x layak untuk hidup senang,ya mungkin.biarlah!;;


saya sekarang berada dalam keadaan yang kurang baik.maaf semua andai perlakuan saya agak tidak menyenangkan anda dikala ini.terima kaseh;;


Thursday, January 7, 2010

saya salah:-(




awak maafkan saya,
saya selalu sakitkan hati awak,saya selalu buat awak sedih,
saya cakap sengal,lembab,
tapi saya x maksudkan awak tau,
maaf koz beberapa hari nie mood saya x baik
selalu emosi;;
maafkan saya awak.
saya janji saya x kan buat awak sedih;;
awak jangan pergi yea~

En.Abdul Majid;;
Puan ..( err saya lupa nama mak awak)

En. Amer Khayruddin

En. Aizad Firdaus
Adhwa Amsyar Syazwan

cakap kat mereka saya minta maaf koz  x dapat jaga permata hati mereka yang sorang nieh;;
(tengok nama mak awak pun saya x tau,saya teruk kan???)

awak;;dah,senyum sekali boleh???kalau x nanti saya x dapat tido~~
terima kaseh aizadtul amernurhawa ;;;;

Wednesday, January 6, 2010

"separuh jiwaku pergi"




 kesedihan (entry before this) masih lagi terasa..entah;;dah jangan difikirkan lagi~
cerita baru; dengarnya kakak saya akan bertunang dengan jejaka pilihan hatinya bulan 3 ini.mungkin waktu cuti sekolah.dan dengarnya dia juga akan melansungkan perkahwinan pada cuti bulan 6 plak;;mase begitu cepat berlalu sehingga saya x sedar bahawa saya akan kehilangan seorang lagi insan yang tersayang.bukan hilang apepun tapi yelahh anda pun paham kalau die dah berkahwin,tanggungjawabnye bukan lagi pada saya tapi suaminya akan menjadi priority utama kan3??begitulah hidup,kita x akan memiliki sesuatu selamanya lambat laun pasti dia akan pergi.bagi anda yang x tahu,saya ada 4 orang adik beradik.abang dan 2 orang kakak.abang say masih lagi single manakala kakak saya seorang dah mempunyai 2 pujaan hati dan orang yang saya ceritakan tadi adalah kakak saya yang terakhir.lihatlah?kalau dia kahwin siapa akan jage saya??abang saya?uhhhmm sampai bila?makcik saya pernah cakap anak lelaki ni x berguna sangat,manakala anak perempuan yang akan menjaga parents mereka.saya x pasti degna kenyataan ini tapi jika di fikir2 ade betulnya.jarang kan kita nampak anak lelaki yang akan menjag emak n bapak mereka bila diorang dah tua,dah kurang upaya kan??so anak perempuan jugak yang akan jaga.okayy back to our story,,saya seriously sedih koz lepas nie saya akan merasa banyak perubahan besar.

1. kalau raya terutamanya aidiladha,saya pasti akan raya seorang diri sengan rumah kampung say.abang x balik koz cuti pendek,kakak2 saya pasti akan beraya di rumah mertua jadi tinggallah saya seorang diri.x dapat dibayangkan bila anda seorang diri akan mengemas rumah di pagi raya sambil mendengar takbir bergema.dan saya akan menziarah tanah perkuburan seorang diri..ohh.........................................

2. kalau saya cuti,saya akan balik kampung jadi saya akan tinggal seorang diri di kampung tanpa adik beradik.walaupun mak long saya ada di sebelah rumah tapi pernah anda merasa tinggal di rumah kampung seorang diri tanpa ada sesiapa menemani??tidaK;;maaf emosi sekejapp;;

saya mesti akan sendiri selepas ini yelah pasti tiada lagi suara yang akan menyuruh saya mengambil kelapa,serai,dan macam2 lagi untuk buat rendang pada waktu raya...

buat SITI NOR AIN RAHMAN,sila jaga diri anda elok2,jaga suami anda yea.selamat bertunang dan selamat melangkah ke alam baru bersama insan tersayanggg,,saya akan rindu anda selamanyacwalaupuan anda selalu marah saya di rumah kerna malas;;terima kaseh!!!!


p/s:kakak saya x tahu saya ade blog,kalau die bace mesti die akan nangis kerana saya x pernah luah perasaan saya depan die;;

terkadang;;

aku x tahu aku gila,
aku x tahu aku derita,
aku x tahu aku sengsara,
terkadang aku menangis dikala hiba datang menjelma
tiba-tiba naluri sedih terdetik di hati,
hati yang lemah lalu tertusuk dalam....luka,
dengan mudah ia mengalir,
setitis titik duka,
..................................
aku bukan pelakon dunia,
aku bukan pemain cinta,
aku bukan penghulu jiwa,
aku cuma insan hina,
yang terkadang ingin berbicara 
dan terkadang mudah terluka..........

Tuesday, January 5, 2010

saya.online.di.lab.blok.koz.plug.rosak.sangat.tension.okayyyy!

Saturday, January 2, 2010

cinta datang,cinta pergi

hari ni kite cakap pasal cinta boleh???
jap2 nak ambik mood;;;



"Seandainya saja kau bisa mengerti
Apa mau aku sekali ini
Mungkin aku takkan merasa bersalah
Karena telah putuskanmu
Cinta memang tak bisa ditebak
Jalannya membuatku bingung selalu
Karena sekali tersakiti
Pasti hilang sudah cinta itu jadi benci
Sia-siakah ini tak tau pasti
Akankah berubah nyatanya rasaku tetap sama
Masihlah sama terhadap kamu sayang"

cinta tu adalah sebuah pengorbanan.yelah..kite mesti sanggup bekorban ape saje kalau kite cintakan seseorang samaada untuk melihat die bahagia bersama kite atau mungkin orang lain.loves means letting go maksudnye kalau kite cintakan orang tu n ingin lihat die lebih bahagia bersama orang lain lebih dari bahagia dengan kite maka kite akan benarkan die pergi..biar die menangis sekarang dari menangis kemudian hari.okayy hari ni mood aku jiwang so sape rasa muak sila berenti sampai di sini;;


sambungan bagi orang yang jiwang macam aku;;penah x korang rasa disalahkan walaupun sebenarnye korang x salah...?mesti die nampak kite yang bersalah kalau kite lepaskan die pergi tapi sebenarnye die x nampak yang kite buat semua ini untuk tengok die lebih bahagia.walaupun die x tahu yang sebenarnye kite lagi derita..hurm;;


cinta datang cinta pergi tapi sekali cinta itu datang,susah untuk kite lepaskan die pergi;;okay cukupppp;;