Friday, February 26, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 9

"Milah oh Milah!".terdengar teriakan kuat dari luar rumah membuatkan Nur tersentak dari lamunan lalu dia bingkas bangun untuk melihat siapakah yang datang.dia membuka pintu bilik dan di depan rumah,dia dapat melihat mak ngah nya sedang berbual-bual dengan seorang lelaki tua.Nur merapatkan telinga nya ke tepi pintu bagi mendengar perbualan mereka berdua."Milah,siapa lagi yang duduk di rumah kau ni?" tanya orang tua itu."kami anak beranak jela bang,mana ada siapa lagi"."eh,tak mungkin lah,ni anak sedara aku ada berkenan dengan sorang budak ni.katanya cantik sungguh"."oh,,azie la tu bang,anak milah".teriak Milah yakin.sambil dia memanggil azie dan tidak lama kemudian,azie muncul di depan muka pintu."ye mak?kenapa?"."ni,pak cik seman kau ni,dia ada anak saudara,katanya dah berkenan dengan kau..".azie senyum panjang sementara pak cik seman berfikir di dalam hati,"eh bukan ni budaknya,tak cantik pun seperti si zali cakap..".tidak lama kemudian,pak seman meminta diri untuk pulang."tak apalah milah,aku pulang dulu,nanti kita jumpa lagi ya?".belum sempat Mak ngah milah berkata apa-apa,pak cik seman dah meninggalkan dia terkebil-kebil keseorangan di hadapan rumah.


petang itu, Nur bercadang untuk mengikuti kelas menjahit di balairaya berdekatan rumah mak ngahnya.dia berasa bosan terperap di rumah lalu dia mengambil peluang untuk mengisi masa lapangnya,paling tidak pun nanti dia boleh menjahit baju sendiri,tak perlu lagi ditempah.sudahlah mahal,tidak lah secantik mana pun.lagipun.dia telah awal-awal lagi memberitahu mak ngah nya tentang hal ini.nampak nya setakat ini tiada halangan lagi dari orang tua itu.dalam perjalanan pulang,nur berjumpa dengan zali.entah apa lagi yang diinginkan lelaki itu kali ini."nur,saya nak bincang dengan awak sekejap boleh?"."cakaplah".nur menjawab."sebenarnya,saya dah lama perhatikan awak,dan sebenarnya saya sukakan awak....".nur terdiam,terpaku.mukanya merah."........"nur tidak dapat bercakap apa-apa.seperti ada emas yang tersangkut dalam kerongkongnya.dia bisu seribu kata sementara zali setia menunggu jawapan dari Nur.

"wah wah wah,ini keje kau rupanya Nur!!"nur tersentak.mak ngah dan azie terpacak di depannya dengan muka yang garang."aku ingatkan ka pergi belajar menjahit,rupanya meggatal kerja kau ye,dah pandai nak berjantan ye,tak guna punya budak!".zali terdiam.nur menangis."tak mak ngah,Nur tak buat apa pun"."tak buat apa-apa?engkau ni memang tak tahu malu tau,meh sini kau aku nak ajar sikit!".mak ngah menarik rambut nur lalu dia menarik nur masuk ke dalam kerata.Nur hanya merintih sakit sementara zali hanya terkebil kebil seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

sampai sahaja di rumah,Nur terus dikurung di bilik.Nur menangis meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi dia tak mampu.Nur terus-terusan menangis,merayu tetapi tidak dipedulikan oleh mak ngah nya.lalu mak ngah mencapai gagang telefon.kemudian kedengaran suara dia sedang bercakap dengan seseorang."teh,kau tengok anak sedara kau ni,dah la tak mendegar cakap,ni aku baru je tangkap dia buat perkara tak senonoh dengan jantan mana entah,berdua-duaan.aku ingat dia pergi kelas menjahit,lain arah nya"."ye ke kak?ish budak ni tak habes-habes menyusahkan kita kan?tak pe,tahulah teh nak buat dengan budak ni nanti kak..".perbualan mereka terputus sampai disitu sahaja.mak ngah milah tersenyum lebar.sementara nur merintih mengenangkan nasibnya yang kian malang,kian pudar.aduhh.....


**************************

Sunday, February 21, 2010

just my luck!

ye! saya tak akan menceritakan mengenai tajuk di atas tetapi saya akan menceritakan betapa malangnya hari saya hari ni.sigh******.ok,anda penah x merasakan anda seperti seorang watak dalam filem remaja inggeris tu.yang pelakon die sangatlah memalukan tetapi tetap nampak cool dan akhirnya bercinta dgn orang yang hensem atau cantik??pernah?ye itulah yang terjadi kepada saya hari ini.bukan part yang bercinta itu tapi inilah kisahnya....

****************************************

hari ni kelas kul 8.penat then nak kene rush g changloon nak binding.naik bus unic kul 1.05 petang dikala panas terik.terima kaseh.then ingat nak berenti kat pondok guard kerana dah nampak bus Mara liner lalu so aku pun kedepan bus untuk bercakap dengan pak cik driver suh die benti kat pondok guard.masa aku g depan tu aku dgn confidennya x nmpak yang pak cik tu nak corner kat round about.so semasa nak balik ke tempat duduk aku pun terpusing2 mengikut bus tu.terpusing2 di depan bus.sekian,semua orang tengok dan gelak.gelaklah kau!!ada aku kisah?hahah dan aku pun berlagak cool macam xde pape yang berlaku.alah biaselah tu orang lain lagi malu kot kalau jatuh tangga ke.cool x aku???oh tidak lansung!!!!

habis sudah cerita memalukan.sekarang cerita gembira pulak.ok2 tadi masa tengah penat2 teringat pulak family kat kampung.family yang tak siap tapi saya sayang mereka bangat-sangat(slank malaysia campur indon).tetiba teringat pulak??then terus x jadi bukak note nk bace so bukak la blog ni untuk memuaskan hati dan perasaan.semalam ada friend aku kat facebook ni cakap pasal cerekarama malam sabtu hari tu alah ntah ape tajuknya yang shila rusly berlakon tu.then my friend ni siap quote pasal cerita tu something like this.

"jika tertutupnye mate seorg ibu,maka akn hilangla 1 keberkatan drpd Allah iaitu doa seorang ibu"

anda tahu apa saya rasa??saya rasa sangat rugi kerana tidak mempunyai seorang ibu.dan anda tahu apa yang saya buat sekarang?saya sedih.ye saya memang cengeng.tak cool lansung.siapa nak doakan saya??ye perkara ini sentiasa bermain di minda saya dari semalam dan saya sentiasa berdoa agar Tuhan kabulkan segala doa-doa saya.supaya Allah sentiasa ada di sisi saya dan semoga kawan2 saya selalu dekat dengan saya.sedih..sedih..sedih..okay cukuplah nanti saya post lagi yea..:-))

p/s:saya rindu semua orang melaka.orang melaka rindu saya tak???

Thursday, February 18, 2010

fakta & auta

post ini adalah post yang agak bodoh kerana saya tengah tak tau nak buat apa dan idea dah lari kat umah jiran sebelah..tetibe::

petua 1:
dipercayai apabila anda meminum air barli,ia mampu menyejukkan badan sekaligus sejuk mata memandang bila orang lain melihat anda.

petua 2;
dipercayai apabila anda mengamalkan mencuci atau menggonyoh kuku anda dengan belimbing yang dibuat masak itu,hasilnya kuku anda akan berkilat dan sekaligus silkygirl akan melamar anda di rumah untuk menjadi duta pengilat kuku:-((

petua 3;
dipercayai susu adalah baik untuk kesihatan dan apabila anda kerap meminum susu,kulit anda akan sama seperti warna susu.menarik bukan??

dah penat mengarut.chioa!:-))))))))))))))))

Monday, February 15, 2010

hormon

kepala sakit
peningnya,aduhhhh;;
mata terasa berat.angkat..angkat..
huarghhhhhhhhhhhh!
ak memandang sekeliling
eh..di mana kah aku
aku rasa x menetu..pusing..pening..celaru
terasa kekosongan sesuatu..
ku pandang kiri dan kanan..
ohh aku berada dalam bus rupanya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dan sekarang,,,
di rumah
seminggu
wow
~home sweet home~

Thursday, February 11, 2010

kelantan.



lagu ni khas untuk budak kelantan.best kan???

Wednesday, February 10, 2010

anda!!.sila berjaga.jaga.



sila jaga-jaga jangan sampai anda mati..

Monday, February 8, 2010

rasa.ini.membunuhku



ni je yang aku boleh katakan setakat ini.
Nota; tiada sesiapa yang akan memahami kita kecuali kita dan Dia jadi berdoalah::

Sunday, February 7, 2010

::camwhore::










s.s








a great friend:vidya





cina sepet







kawan baik:-)




jiha









beautiful marya



gorgeous!














bestiee




friends=fabulous









jau,erah,ema


with the legend..opss jgn cuba2 untuk membandingkan ketinggian kami yea!









and finally, a rockstar!!

mood:lega dapat upload pictures..hahaha:-)

eh kawan2 yang kita suke pun ada!!

Saturday, February 6, 2010

***cerita.satu.malam***

malam itu aku bahagia.malam itu aku gembira.malam itu aku senang.malam itu aku girang.malam itu pasti akan menjadi malam kenangan.THE NIGHT OF SERENDIPITY:ITS THE NIGHT THAT MAKES YOUR NIGHT A NIGHT pasti akan diingati oleh kami semua.suatu majlis yang mengeratkan hubungan antara kami semua.wah2 ayat tak boleh blah.tapi at first,aku macam nak mampus x mau pegi.baju xde lah mood xde ;lah hihii akhirnya pegi jugak.bukan setakat prgi,dapat kejuta lagi.hahaha memula aku ingat naik pentas nak amik sijil je sekali dapat best dress lak.alhamdulillah hahaha.jap2 aku ingat nak upload bejuta pix kat sini tp macam lambat cam siput babi jek hahahah so next time lah yek..okayy,entry diakhiri dengan  pix aku hahahahahah


muka mintak penyepak:-)))



Thursday, February 4, 2010

ada apa dengan blog???

blog ni sangat senang tapi nak menulis blog bukanlah satu keje yang sangat senang.okay pakai spek mata (jadi ilmiah sikit).korang tau x,bloggers ni nak menulis blog kene ade preparation banyak tau.disini aku listkan apakah yang perlu dilakukan oleh seorang blog yang berdedikasi sebelum menulis...

1. makan.makan adalah satu kewajipan bagi bloggers sebelum menulis belog<--tiru hanis sikit.makanan dan bloggers diibratkan dengan shampoo dan conditioner.macam jugak ibarat laptop dan charger dan mungkin ia juga ibarat bf dan gf.saling memerlukan.kalau tak makan maknanya akan terjadilah perkara-perkara yang x diingini seperti yang terjadi kepada aku.ye itu betul.disebabkan perut aku lapar,penulisan aku untuk entry yang seblum ni telah tergendala jadi aku mengambil langkah segera dengan memanggil abang yang terpekik telolong jual burger kat depan bilik ni dan membeli seketul burger lalu memakannya.wah panjang sungguh ayat ini tanpa noktah, nah ambik kau satu(.)so selepas perut telah terisi dengan kenyangnya barulah bloggers boleh menulis dengan senang hati seperti kata pepatah "goyang gendut tali kecapi,kenyang perut sukalah hati".erk betul ke x nie.so kesimpulannya barulah saya dapat tahu bahawa cik ehem-ehem jarang update belog<--hanis lagi..er..rupanya die lapar...kuang...kuang...kuang..:)))

2. solat atau dalam bahasa biasenye orang cakap semayang.bagi bloggers yang sentiasa mengeluarkan idea yang berdedikasi,mereka pasti akan bersolat dahulu.ini adalah untuk memastikan bahawa idea yang akan dikeluarkan akan melimpah ruah..ya,kebanyakan bloggers bukan berdoa untuk cepat kaye ke panjang umur ke cepat kawen ke tetapi mereka berdoa untuk dapat idea supaya dapat ditulis dalam belog..hasilnya belog bloggers itu akan dikunjungi ramai dan maka berlimpah ruahla duitnya kerana orang akan mengelik nuffnang.patutlah blog aku xde orang,apatah lagi nak dapat duit dari nuffang kan???

3. dan lain-lain atau dalam erti kata lain *ETC*.ye korang pandai pandailah pikir sendiri ye kerana aku rasa jari ni x larat nak menekan keyboard ni dah.ide pun dah berkurangan kerana aku x makan dan solat lagi..erk..bagi sesiapa yang tido selepas membaca entry ini yang keboringan tahap cipan,u deserves it kerana aku memang rasa boring sekali.sekian terima kaseh.asalamualikum.

Wednesday, February 3, 2010

::03.02.2002::

detik ini.3.2.2002 banyak meninggalkan kenangan kepada aku.hari ini 3.2.2010,bermakna sudah genap 8 tahun ibunda tercinta pergi meninggalkan aku.aku masih lagi ingat detik itu.detik terakhir aku bersama nya.ketika itu hari ahad.mak aku dah 3 4 hari tak sihat.dia duk kat umah x g keje pun so asek amek mc je.x sihat katanya.ptang itu,dia ingin sangat bertemu dengan ayah dan ayah datang sampai ke petang,berborak-borak dengan mak.bahagia sungguh nampaknya walaupun mereka telah terpisah lama.aku tidak mengesyaki apa-apa.kata orang kalau orang tu akan pergi,dia akan membuat sesuatu yang biasanya dia tak buat contohnya mandi dalam besen dan lain-lain.aku leka mengiron baju sekolah.esok hari isnin.keje sekolah pun banyak tak buat lagi.malam itu,dia berasa sangat tidak sihat sementara aku dan angah sedang leka membuat kerja sekolah.aku ingat lagi,waktu itu,kami sedang melihat rancangan hiburan minggu ini (HMI) dan penyanyinya adalah ella.aku masih ingat lagu yang ella nyanyikan yang boleh buat aku menitiskan air mata kerana pada saat inilah mak sudah berasa sangat sakit.lalu kami bercadang mahu membawanya ke klinik berhampiran.berhampiran pun tak lah dekat sangat pun tapi mak menolak.kami memaksanya.pada mase itulah dia berpesan kepada abang aku suruh jaga kami adik beradik,belajar rajin-rajin.aku tidak mengesyaki apa-apa kerana waktu itu aku masih darjah 6 dan tidak memahami keadaan itu.aku buntu.kemudiaan mak pergi ke klinik ditemani abang,kakak aku yang no 2 dengan mak cik kat sebelah umah.sementara kami di rumah yang tinggal adalah aku,kakak aku yang first,dengan nenek.kami risau.kemudian,selang 30 minit,pak cik dari sebelah rumah aku datang memberitahu bahawa kakak aku telefon dan bagitau mak aku dah tiada..dah meninggal dalam perjalanan ke klinik.dalam kereta lagi.aku cuma diam,terpaku,tergamam sementara kakak aku berlari ke rumah jiran sebelah untuk menelefon semua saudara-mara aku.aku dapat bayangkan betapa sakitnya peritnya perasaan abang dan kakak aku yang melihat sendiri pemergian mak dalam kereta itu.malam itu,kami semua tidak tidur.orang ramai memenuhi rumah dan aku cuma mampu menangis dan menyedekahkan al-fatihah buat arwah.kami semua sangat sedih kerana telah hilang tempat bergantung.sampai lah ke waktu pengkebumian,air mata kmi adik-beradik tidak berhenti-henti bercucuran.kami terbayangkan betapa peritnya kehidupan mak semasa hayatnya ada.kesian dia.dia banyak berkorban unutk kami semua adik beradik.itulah erti kasih sayang seorang ibu..wahai SITI MARIAM MOHD NOR, berbahagialah kau disana...amin::



kepada anda yang sedang membaca entry ini tolonglah anda sedekahkan al-fatihah kepada arwah mak saya.terima kaseh.moga hidup anda diberkati amin::

Tuesday, February 2, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 8

Nur ke kedai. mak ngah menyuruh Nur membeli lauk-pauk untuk dimasak tengah hari ini.sedang Nur leka membelek ikan yang hendak dibeli,dia tida menyedari bahawa ada mata yang memandangnya.Nur kembali ke bahagian hadapan kedai untuk mengambil sayur.mak ngah mahu masak kangkung goreng belacan, katanya.mata itu tidak lekang memandangnya.dalam diam,Nur dapat merasa sesuatu.ya,memang Nur merasakan ada orang memandangnya.Nur bersedia untuk menoleh.dalam kiraan satu,dua tiga,dia ingin sekali melihat siapa yang melihtnya.alangkah terperanjatnya Nur apabila dia bertentang mata dengan seorang jejaka yang dia pasti pernah melihat.Nur kembali mengingati.oh,dia tahu,seingatnya inilah jejaka yang pernah melanggar dia tempoh hari. mata mereka bertemu.bertentang.Nur kaku. lalu Nur segera mengalih pandangannya,meletakkan sayur itu kembali ke tempat asal dan segera beredar dari situ."awak,azie,hai!!".jejaka itu bertanya sambil mengekori Nur dari belakang.Nur pura-pura tidak tahu."azie,sekejaplah....".jejaka itu kembali berteriak."saya bukan azie!..".Nur berhenti lalu memandang lelaki itu."habis tu awak siapa??kita pernah bertemu kan??"."awak tidak perlu tahu saya siapa...bingkas Nur menjawab."awak,tolonglah..saya cuma nak berkenalan dengan awak..".lelaki itu memujuk.Nur terdiam.dia tidak mahu meneruskan perbualan dengan lebih panjang.bimbang jika dimarahi oleh mak ngah."saya Nur"."oh Nur,sedap nama awak.tapi sebelum itu,awak ni duduk mana??tak sangka kita boleh jumpa lagi kan??"."dekat simpang depan tu".mendatar Nur menjawab."rumah mak cik Milah kat depan simpang tu ke??"lelaki itu bertanya.Nur hairan.bagaimana lelaki itu boleh mengenali mak ciknya."mana awak tahu ni??awak ni siapa??."saya Zali..Razali.saya orang kampung sebelah,tapi mak cik Milah tu memang terkenal kat kampung sebelah.awak ni anak dia ke?? tak pernah nampak pun?."saya anak saudaranya.baru saja berpindah".Nur mula berlembut.lelaki ini nampak baik sekilas dia memandang."maaflah,saya nak balik,takut terlewat".Nur berkata."baiklah,gembira bertemu awak".Nur cuma senyum.dia kembali meneruskan perjalanan.di sepanjang jalan, Nur tidak lepas-lepas memikirkan tentang lelaki tadi..zali..zali.oh..zali...Jiwa Nur mula bergolak setelah melihat lelaki tampan itu tadi....

**********