Wednesday, March 23, 2011

aku rindu.

entri ni bukan untuk menagih simpati,cuma satu luahan hati yang aku rasakan harus aku tulis kerana hanya kepada blog ini yang aku boleh ceritakan.dan kerana aku tak punya siapa.

kalau kau tengah bosan tak tau nak buat apa,kalau kau rindu nak balik rumah,kalau kau sedih dapat result teruk,kalau kau gembira dan girang sebab result kau baik,kalau kau risau sebab tak study lagi,kalau kau tension sebab assignment banyak,kalau kau nak cerita pasal kau pegi jalan hari ni,kalau kau takda duit nak makan, kalau kau geram dengan kawan kau,kalau kau nak mintak topup, kalau kau nak bagitau cuti sem kau bila,kalau kau nak menangis sebab muet kau dapat band 3,kalau kau nak cerita pasal kawan kawan kau,kalau kau nak bagitau kau makan ape malam tadi,kalau kau nak cadangkan tema baju raya,kalau kau rindu nak peluk,dengan siapa kau nak cakap?

mak kau kan?

tapi aku tak ada.aku tak punya.

kenapa? sebab Tuhan sayang kat mak aku.sebab apa? sebab Tuhan tak sanggup lihat mak aku sengsara. kau boleh call mak kau and bagitau esok nak exam,tension.aku? kat siapa aku nak bagitau? kalau aku takda duit nak makan,dengan siapa aku nak cakap? orang lain dapat salam cium tangan mak.dapat peluk.aku.aku dapat apa?.kalau aku tension sebab kawan aku burukkan aku,aku kena hina,sapa yang aku nak bagitau? ada lagi ke orang lain yang boleh aku cerita? orang lain paham aku ke? tak.harus ke aku mempersoalkan takdir tuhan?perlukah aku tanya Ya Tuhan,kenapa kau ambil mak aku?tak,sebab aku harus redha.dah sembilan tahun mak pegi tapi kenapa aku perlu macam ni? aku kena kuat.kan mak dah pesan,jaga diri.kau tak dengar ke?aku tauuu tapi kadang kadang aku perlukan mak.aku nak peluk aku nak cium aku nak cakap aku sayangkan dia.hanya dia .tapi ada lagi ke masa aku untuk itu? tak.kenapa? jangan persoalkan.kau kena redha dengan takdir tuhan.jangan sesekali kau persoalkan.jangan.

Ya tuhan,lindungilah orang tuaku Ya Allah.sesungguhnya merekalah yang mendidik aku,menjaga aku,membela aku dari kecil.jangan kau seksa mereka Ya Allah.Kau boleh berikan apa saja dugaanmu kepada aku Ya Allah, tapi jangan kau sakiti mereka Ya Allah.Kau jaga mereka Ya Allah,kau sampaikan salam rindu aku Ya Allah.aku rinduuu.terlalu.

maafkan aku kalau emosi kau terganggu kerana aku.maaf.






No comments:

Post a Comment