Thursday, November 11, 2010

putus,

Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yg lain,
tergamakmu merobek hatiku.
Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinyar nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

Wednesday, November 10, 2010

currently;;

tonight,i have to finish all the tort notes because tomorrow im gonna be sooooooooo busy to buy stuffs for my sister's wedding and im very very sad because i cannot see u guyss from tomollo.im going back to my sister's house.so no facebook,no bloggss,and no online.hmpppph!
and i wish i could have enough air to breathe.i mean right now:).goodbye guysssss!
pari-pari kertas~

Tuesday, November 9, 2010

Tuhan,tolong bantu saya melalui semua ini.
p/s: i dont feel good at this moment:(

kembali.

aku kini telah bangun,
bangun dari tapak lama yang mencengkamku,
kini kau bisa lihat aku disini,
melukis coretan hari hari yang sedih,
yang bakal aku lalui,
maafkan aku atas kehilangan aku.
hilangnya aku kerana mencari sinar.
meskipun aku tidak mampu lagi memegang sinar,
tapi aku sudah bisa melihat cahaya.
selamat bertemu kawan-kawan..:)
BULAN JANGAN BIAR SIANG,BIAR ALAM INI KELAM,BIAR IA SEPI SEPERTIKU...

Friday, September 17, 2010

tanpa dendam di hati.

selamat semua,
baru sempat nak update blog,lately aku busy gile weh.mane dengan assignment nye mane dengan bajunye.ni pun tengah buat assignment then benti kejap nak update blog.wah ayat macam study gila kau eh.hahaha.tajuk entry tidak ada kene mengena dengan entry ini ye.jangan ada yang "eh,cepatlah ape yang die nak cerita ni?".wah aku pulak nak bajet macam artis ke hanis zalikha ke ape.haha.perkembangan?biase je cuma aku sedang belajar untuk menjadi seorang lelaki normal.pelik?hahah.petang tadi masa aku cakap kat kakak sedara aku die tanya "kau tak normal ke selama ni weh?".hahah bukan tak normal tapi aku belajar untuk jadi lelaki yang bila kau berjalan orang tak pandang kau macam "eh..eh.ehh.".paham tak?maksudnya aku nak jadi sama macam lelaki lain.bukan stereotaip tapi aku dah bosan jadi orang yang selalu orang pandang sambil mulut gosip-gosip.aku nak jadi lelaki yang kau orang tak perasan,yang sama dengan semua makhluk lain.aku taknak dah rambut merah-cokelat.aku taknak jadi orang asing.tapi hati aku tetap sama macam dulu.aku cuba ubah hidup aku jadi lebih baik sebab aku tau kita tak tau hidup mati kita esok hari.aku nak bersedia untuk hari esok atau seterusnya.aku tak mau leka.ini janji aku.kalau aku menyimpang,tolong bawak aku kembali please.aku mohon pada Allah supaya aku mampu untuk jadi hambanya yang tulus,yang indah dan aku benar-benar berharap.ye,aku berharap...

Sunday, August 22, 2010

i'm useless right?

for once i feel really really useless.
do I look like that?
yes.
because I dont know how to love someone.
and now,do I need love anymore?
no.
I cant even love myself.
so how I am  going to loves the other?

sorry for the late updates.

Friday, July 16, 2010

masih adakah cinta?

jangan pernah menangis kalau tiada sakitnya,
jangan pernah merintih kalau tiada derita,
jangan pernah menagih kalau tiada daya,
jangan pernah mencinta kalau tiada jiwa,
cinta itu..
seperti suatu kenangan,
terkadang pahit,terkadang manis.
cinta itu..
seperti seorang yang menyingkap tabir tingkap,
malam ditutup,pagi dibuka..
begitulah cinta..
terkadang terasa ada,terkadang hilang entah kemana.
cinta itu..
bagi aku,
sudah tiada.
sekian.

12.52 a.m
16.7.2010.

Thursday, July 8, 2010

p/s:

I wish I could stay here for a long time.to see the kids growing up with happiness.to see the joy in their face.to learn something about life.I am going now.but believe me,I will never forget our memory,never.



                                                                    












I miss all those happy times:)




Hello..........................................Kedah:(

Wednesday, July 7, 2010

Ketemu Lagi Teman!

hari ni last aku online di melaka sebelom aku pulang ke uniutama ye anak-anak.ohh sedeh kott.and aku tengah online kat ofis kakak sedara aku.ade barbeque.bosan la weh,takde kawan kott.hahahaha online lagi baik.dah dua bulan aku cuti,rasanya malas pulak nak balik Kedah.rindu semua,rindu razin,syiqah,dyna,eca,kakna,along,pak uncu,angah,ain,abg rashid and etc.oh yea,dah tiga bulan kott aku tak jumpe abang aku.tak ingat nak balik kampung betol.jumaat ni aku nak balik kedah baru le minggu depan die nak balik kampung,cehh tension gua.adik rinduuu nie.hahahaha!.dua bulan ni,dah macam2 aku belajar.bukan kat u je boleh belajar tau,kat umah pun boleh belajar.rasa macam nak mintak je kat Allah tolong freeze kan jam,bagi jangan gerak.aku nak nikmati saat ni sampai bile2 ye anak-anak.esok pagi,aku nak gi umah kakak aku.for a day.jaga die yang nak bersalin tu.sian die.heheh ok lah guys,babai:)
                                                                                                   ikhlas:bapak ayam:)

Saturday, July 3, 2010

TELL ME,DO I LOOK WEIRD OR UNIQUE?PLEASE.

Friday, July 2, 2010

Assalamualaikum Semua!

hai hai! lepas tengok awek cantik hanna jual maruku update belog terus aku berkobar-kobar nak update walaupon takde cerite ye puan puan dan tuan-tuan.aku rasa kalau aku ni artis,tak kejadah aku nak cite benda mengarut baik tido sebab esok ada shooting.haha berangan kau lebeh!.cakap pasal berangan,minggu minggu akhir sebelom masuk ke hutan ni aku habeskan dengan berangan.kau nak tau ape aku berangan?aku berangan tengah menyanyi lagu kemelut di muara kaseh dari hakak ziana zain sambil tarik tarik mikrofon atas bawah.sambil studnet law semester 1-8 uum bersorak sorak.tak lupe jugak ada yang menjerit kehisteriaan.ewah ewah,sumpah sampai sem 8 tiap kali aku naik bus,kene baling telor wtf ye puan puan dan tuan tuan.ye,itu die,berangan bukan main lagi.haha.gelakkan diri sendiri wehh.okayy cukup;)

tak sampai lagi seminggu aku akan pulang ke alam sekitar.ye,itu die kembali menjadi insan-insan yang sayangkan alam sekitar.cewah cewah padahal kedah pun dah same membangun dengan kl tawu.okay itu tipu ye puan puan dan tuan tuan.eh apesal aku asek puan puan dan tuan tuan?gila.ohh gila malas nak balik ke uniutama ni,sedih nak tinggalkan masa-masa tidor yang lama,masa masa memasak,masa masa tengok tv,masa bersama yang tersayang.ceh macam kat same tak de yang tersayang?.memang tak de pon.yang paling sayang iaitu kawan-kawan ade lah.hehe.

ingat tak pasal kakak saya yang nak bersalin tu?fyi,die tak bersalin-salin pon.salin salin baju adalah.hehe maybe baby tu belom sedia untuk melihat dunia yang penuh ranjau ini.cewah cewah.tapi nanti kalau dah bersalin aku update ye.nak letak name ape eh?letak nama rozmey boleh?kang kuar kuar je rambut dah beropol macam langser raya sambel tersengeh sengeh gitu.kah kah.okay,babai kawan kawan!

Wednesday, June 30, 2010

alhamdulillah everything is getting better and sekarang aku tak boleh duduk diam koz my sis baru sms tadi kata dah bukak 1cm.thats means aku akan dapat anak buah baru!.hope everything gonna be fine!

p/s:please pray with me;)

Saturday, June 26, 2010

sigh::

baru sekarang aku tau yang wateva it is,kita hidup ni cuma sorang-sorang.walaupun kita ada kelaurga,ada adik beradik tapi hanya kita yang paham perasaan kita.bukan orang lain.dan baru aku tau yang kita tak boleh nak harapkan orang lain.kite kene berdiri atas kaki sendiri.hari ni aku betul betul kecewa dengan diri sendiri,dengan orang lain.orang yang paling aku sayang,yang paling rapat dengan aku buat aku kecewa.aku tak percaya,camne seorang kakak boleh biarkan adiknya dalam kesusahan walhal die tak tau ketika die dalam kesusahan,aku selalu membantu,menolong die walaupun hidup aku susah.aku adik dia tapi bila aku dalam kesusahan dia buat aku macam orang lain.itu yang buat aku kecewa.ak u bersusah payah tolong die selama ni tapi ni yang die bagi kat aku.bukan nak mengungkit tapi kalau die sayang aku,dia takkan buat aku macam ni.sampai hati.dan tadi,aku rasa macam nak amek pisau then toreh kat tangan aku.untuk ape?sebab aku rasa tak ade reason untuk aku hidup lagi.dah la tak ada mak bapak,then adik beradik pulak buat perangai.tapi aku cepat cepat ingat balik sape diri aku.bodohlah kalau aku bunuh diri.tapi aku tak penah nak salahkan tuhan atas sume ni sebab aku tau die bagi duggan ni sebab aku mampu.tapi aku cume terkilan dengan perangai kakak aku sampai aku rasa esok aku tak nak pegi kl.kitorang dah rancang nak pegi kl esok tapi aku dah tawar hati nak jumpa darah daging aku sendiri.aku rasa bodoh sebab aku dah maki kakak aku tadi and saat ini aku mintak tuhan tolong panjangkan umor aku sebab aku rasa banyak sangat dosa yang aku buat kat kakak aku.aku nak mintak maaf banyak banyak kat die sebab aku dah banyak buat salah.takpelah,memang patut aku mintak maaf kat die.aku sedar aku ni cuma seorang adik yang tak akan ade siapa yang dapat paham dan aku rela diperlakukan ape je asalkan aku dapat secebis kaseh sayang mereka.sebab aku dah tak ade sape lagi.tak ade sapa..;(

p/s; im not in the good condition,pray me the best;)

Friday, June 25, 2010

thanks for being a supportive person.
Siti Azura Rahman, I Love You;)

Sunday, June 6, 2010


5.6.2010
JUSCO BANDARAYA MELAKA.
demn!pokai dah;-(

Friday, June 4, 2010

aku tengah mengadap laptop,
nak berfacebook katenya,
handphone letak kat tepi meja,
nak bukak tab baru,
pegang mouse,goyang goyang,
eh,nape tak gerak pun cursor ni?
demn! bukan mouse yg aku pegang,handphone.
malu,
gelak sorang sorang sebab pegang handphone and gerakkan,
ingatkan mouse.
haram betol!

Bertahan.

Pedoman.

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Tuesday, June 1, 2010

Makin Lama, Rasa Makin Tua.


muka 40 taon tanpa sakit.cehh


muka 40 taon kalau menghisap dadah.omg,pengsan! +.......+

nota bulu kaki; dadah itu perosak bangsa.harap maklum;-)

Putus Cinta Je,Bukan Putus Makan Kan?

entry ini dimulakan dengan ucapan BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.ASSALAMUALIKUM KEPADA PEMBACA SEMUA!.(kalau tulisan huruf besar je,otomatik aku jadi skema dush dush).maaf kerana lama tidak mengupdate belog ni.jap jap nak amek vacuum,blog ni dah berhabuk-habuk fuhh fuhh.

ok dah.tujuan aku mengupdate blog ni adalah untuk menceritakan serba sedikit laporan tentang apa yang dilakukan pada hari yang indah ini.pergh ayat macam cikgu hal ehwal murid tengah bagi ucapan kat pentas sambil pegang tali pinggang.hahah

sila abaikan semua perkataan di dalam tajuk di atas.cuma perlu fokuskan pada perkataan MAKAN itu sahaja.kalau nak makan,mesti kena masak betol?ok,seperti yang anda sedia maklum,picture speak louder than words.mari kita lihat calon-calonnya. jeng..jeng..jeng..

 betol kata orang,kalau kite putus cinta,mesti dapat cinta yang lain.cinta aku ialah memasak.kau mampuu?? hahah.itulah juadah yang telah dimasak oleh aku hari ini.tak percaya bukan? tapi like seriously aku dah jatuh hati pada periuk,dapor gas,kuali dah rakan rakan lain.fuhh.sedappp wooo chicken chop ni.kalah kat hotel dan kedai.bangga tak?hahahah.korang nak??kalau korang komen entry ni lebeh dari 10,aku masakkan untuk korang eh?mau kah?hahaha gile promote betol.eh eh jap nak perkenalkan rakan makan beramai-ramai hari ni..

ok lah korang,selamat makan eh eh.babai!