Wednesday, February 3, 2010

::03.02.2002::

detik ini.3.2.2002 banyak meninggalkan kenangan kepada aku.hari ini 3.2.2010,bermakna sudah genap 8 tahun ibunda tercinta pergi meninggalkan aku.aku masih lagi ingat detik itu.detik terakhir aku bersama nya.ketika itu hari ahad.mak aku dah 3 4 hari tak sihat.dia duk kat umah x g keje pun so asek amek mc je.x sihat katanya.ptang itu,dia ingin sangat bertemu dengan ayah dan ayah datang sampai ke petang,berborak-borak dengan mak.bahagia sungguh nampaknya walaupun mereka telah terpisah lama.aku tidak mengesyaki apa-apa.kata orang kalau orang tu akan pergi,dia akan membuat sesuatu yang biasanya dia tak buat contohnya mandi dalam besen dan lain-lain.aku leka mengiron baju sekolah.esok hari isnin.keje sekolah pun banyak tak buat lagi.malam itu,dia berasa sangat tidak sihat sementara aku dan angah sedang leka membuat kerja sekolah.aku ingat lagi,waktu itu,kami sedang melihat rancangan hiburan minggu ini (HMI) dan penyanyinya adalah ella.aku masih ingat lagu yang ella nyanyikan yang boleh buat aku menitiskan air mata kerana pada saat inilah mak sudah berasa sangat sakit.lalu kami bercadang mahu membawanya ke klinik berhampiran.berhampiran pun tak lah dekat sangat pun tapi mak menolak.kami memaksanya.pada mase itulah dia berpesan kepada abang aku suruh jaga kami adik beradik,belajar rajin-rajin.aku tidak mengesyaki apa-apa kerana waktu itu aku masih darjah 6 dan tidak memahami keadaan itu.aku buntu.kemudiaan mak pergi ke klinik ditemani abang,kakak aku yang no 2 dengan mak cik kat sebelah umah.sementara kami di rumah yang tinggal adalah aku,kakak aku yang first,dengan nenek.kami risau.kemudian,selang 30 minit,pak cik dari sebelah rumah aku datang memberitahu bahawa kakak aku telefon dan bagitau mak aku dah tiada..dah meninggal dalam perjalanan ke klinik.dalam kereta lagi.aku cuma diam,terpaku,tergamam sementara kakak aku berlari ke rumah jiran sebelah untuk menelefon semua saudara-mara aku.aku dapat bayangkan betapa sakitnya peritnya perasaan abang dan kakak aku yang melihat sendiri pemergian mak dalam kereta itu.malam itu,kami semua tidak tidur.orang ramai memenuhi rumah dan aku cuma mampu menangis dan menyedekahkan al-fatihah buat arwah.kami semua sangat sedih kerana telah hilang tempat bergantung.sampai lah ke waktu pengkebumian,air mata kmi adik-beradik tidak berhenti-henti bercucuran.kami terbayangkan betapa peritnya kehidupan mak semasa hayatnya ada.kesian dia.dia banyak berkorban unutk kami semua adik beradik.itulah erti kasih sayang seorang ibu..wahai SITI MARIAM MOHD NOR, berbahagialah kau disana...amin::



kepada anda yang sedang membaca entry ini tolonglah anda sedekahkan al-fatihah kepada arwah mak saya.terima kaseh.moga hidup anda diberkati amin::

No comments:

Post a Comment