Thursday, February 4, 2010

ada apa dengan blog???

blog ni sangat senang tapi nak menulis blog bukanlah satu keje yang sangat senang.okay pakai spek mata (jadi ilmiah sikit).korang tau x,bloggers ni nak menulis blog kene ade preparation banyak tau.disini aku listkan apakah yang perlu dilakukan oleh seorang blog yang berdedikasi sebelum menulis...

1. makan.makan adalah satu kewajipan bagi bloggers sebelum menulis belog<--tiru hanis sikit.makanan dan bloggers diibratkan dengan shampoo dan conditioner.macam jugak ibarat laptop dan charger dan mungkin ia juga ibarat bf dan gf.saling memerlukan.kalau tak makan maknanya akan terjadilah perkara-perkara yang x diingini seperti yang terjadi kepada aku.ye itu betul.disebabkan perut aku lapar,penulisan aku untuk entry yang seblum ni telah tergendala jadi aku mengambil langkah segera dengan memanggil abang yang terpekik telolong jual burger kat depan bilik ni dan membeli seketul burger lalu memakannya.wah panjang sungguh ayat ini tanpa noktah, nah ambik kau satu(.)so selepas perut telah terisi dengan kenyangnya barulah bloggers boleh menulis dengan senang hati seperti kata pepatah "goyang gendut tali kecapi,kenyang perut sukalah hati".erk betul ke x nie.so kesimpulannya barulah saya dapat tahu bahawa cik ehem-ehem jarang update belog<--hanis lagi..er..rupanya die lapar...kuang...kuang...kuang..:)))

2. solat atau dalam bahasa biasenye orang cakap semayang.bagi bloggers yang sentiasa mengeluarkan idea yang berdedikasi,mereka pasti akan bersolat dahulu.ini adalah untuk memastikan bahawa idea yang akan dikeluarkan akan melimpah ruah..ya,kebanyakan bloggers bukan berdoa untuk cepat kaye ke panjang umur ke cepat kawen ke tetapi mereka berdoa untuk dapat idea supaya dapat ditulis dalam belog..hasilnya belog bloggers itu akan dikunjungi ramai dan maka berlimpah ruahla duitnya kerana orang akan mengelik nuffnang.patutlah blog aku xde orang,apatah lagi nak dapat duit dari nuffang kan???

3. dan lain-lain atau dalam erti kata lain *ETC*.ye korang pandai pandailah pikir sendiri ye kerana aku rasa jari ni x larat nak menekan keyboard ni dah.ide pun dah berkurangan kerana aku x makan dan solat lagi..erk..bagi sesiapa yang tido selepas membaca entry ini yang keboringan tahap cipan,u deserves it kerana aku memang rasa boring sekali.sekian terima kaseh.asalamualikum.

No comments:

Post a Comment