Tuesday, February 2, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 8

Nur ke kedai. mak ngah menyuruh Nur membeli lauk-pauk untuk dimasak tengah hari ini.sedang Nur leka membelek ikan yang hendak dibeli,dia tida menyedari bahawa ada mata yang memandangnya.Nur kembali ke bahagian hadapan kedai untuk mengambil sayur.mak ngah mahu masak kangkung goreng belacan, katanya.mata itu tidak lekang memandangnya.dalam diam,Nur dapat merasa sesuatu.ya,memang Nur merasakan ada orang memandangnya.Nur bersedia untuk menoleh.dalam kiraan satu,dua tiga,dia ingin sekali melihat siapa yang melihtnya.alangkah terperanjatnya Nur apabila dia bertentang mata dengan seorang jejaka yang dia pasti pernah melihat.Nur kembali mengingati.oh,dia tahu,seingatnya inilah jejaka yang pernah melanggar dia tempoh hari. mata mereka bertemu.bertentang.Nur kaku. lalu Nur segera mengalih pandangannya,meletakkan sayur itu kembali ke tempat asal dan segera beredar dari situ."awak,azie,hai!!".jejaka itu bertanya sambil mengekori Nur dari belakang.Nur pura-pura tidak tahu."azie,sekejaplah....".jejaka itu kembali berteriak."saya bukan azie!..".Nur berhenti lalu memandang lelaki itu."habis tu awak siapa??kita pernah bertemu kan??"."awak tidak perlu tahu saya siapa...bingkas Nur menjawab."awak,tolonglah..saya cuma nak berkenalan dengan awak..".lelaki itu memujuk.Nur terdiam.dia tidak mahu meneruskan perbualan dengan lebih panjang.bimbang jika dimarahi oleh mak ngah."saya Nur"."oh Nur,sedap nama awak.tapi sebelum itu,awak ni duduk mana??tak sangka kita boleh jumpa lagi kan??"."dekat simpang depan tu".mendatar Nur menjawab."rumah mak cik Milah kat depan simpang tu ke??"lelaki itu bertanya.Nur hairan.bagaimana lelaki itu boleh mengenali mak ciknya."mana awak tahu ni??awak ni siapa??."saya Zali..Razali.saya orang kampung sebelah,tapi mak cik Milah tu memang terkenal kat kampung sebelah.awak ni anak dia ke?? tak pernah nampak pun?."saya anak saudaranya.baru saja berpindah".Nur mula berlembut.lelaki ini nampak baik sekilas dia memandang."maaflah,saya nak balik,takut terlewat".Nur berkata."baiklah,gembira bertemu awak".Nur cuma senyum.dia kembali meneruskan perjalanan.di sepanjang jalan, Nur tidak lepas-lepas memikirkan tentang lelaki tadi..zali..zali.oh..zali...Jiwa Nur mula bergolak setelah melihat lelaki tampan itu tadi....

**********

No comments:

Post a Comment