Friday, February 26, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 9

"Milah oh Milah!".terdengar teriakan kuat dari luar rumah membuatkan Nur tersentak dari lamunan lalu dia bingkas bangun untuk melihat siapakah yang datang.dia membuka pintu bilik dan di depan rumah,dia dapat melihat mak ngah nya sedang berbual-bual dengan seorang lelaki tua.Nur merapatkan telinga nya ke tepi pintu bagi mendengar perbualan mereka berdua."Milah,siapa lagi yang duduk di rumah kau ni?" tanya orang tua itu."kami anak beranak jela bang,mana ada siapa lagi"."eh,tak mungkin lah,ni anak sedara aku ada berkenan dengan sorang budak ni.katanya cantik sungguh"."oh,,azie la tu bang,anak milah".teriak Milah yakin.sambil dia memanggil azie dan tidak lama kemudian,azie muncul di depan muka pintu."ye mak?kenapa?"."ni,pak cik seman kau ni,dia ada anak saudara,katanya dah berkenan dengan kau..".azie senyum panjang sementara pak cik seman berfikir di dalam hati,"eh bukan ni budaknya,tak cantik pun seperti si zali cakap..".tidak lama kemudian,pak seman meminta diri untuk pulang."tak apalah milah,aku pulang dulu,nanti kita jumpa lagi ya?".belum sempat Mak ngah milah berkata apa-apa,pak cik seman dah meninggalkan dia terkebil-kebil keseorangan di hadapan rumah.


petang itu, Nur bercadang untuk mengikuti kelas menjahit di balairaya berdekatan rumah mak ngahnya.dia berasa bosan terperap di rumah lalu dia mengambil peluang untuk mengisi masa lapangnya,paling tidak pun nanti dia boleh menjahit baju sendiri,tak perlu lagi ditempah.sudahlah mahal,tidak lah secantik mana pun.lagipun.dia telah awal-awal lagi memberitahu mak ngah nya tentang hal ini.nampak nya setakat ini tiada halangan lagi dari orang tua itu.dalam perjalanan pulang,nur berjumpa dengan zali.entah apa lagi yang diinginkan lelaki itu kali ini."nur,saya nak bincang dengan awak sekejap boleh?"."cakaplah".nur menjawab."sebenarnya,saya dah lama perhatikan awak,dan sebenarnya saya sukakan awak....".nur terdiam,terpaku.mukanya merah."........"nur tidak dapat bercakap apa-apa.seperti ada emas yang tersangkut dalam kerongkongnya.dia bisu seribu kata sementara zali setia menunggu jawapan dari Nur.

"wah wah wah,ini keje kau rupanya Nur!!"nur tersentak.mak ngah dan azie terpacak di depannya dengan muka yang garang."aku ingatkan ka pergi belajar menjahit,rupanya meggatal kerja kau ye,dah pandai nak berjantan ye,tak guna punya budak!".zali terdiam.nur menangis."tak mak ngah,Nur tak buat apa pun"."tak buat apa-apa?engkau ni memang tak tahu malu tau,meh sini kau aku nak ajar sikit!".mak ngah menarik rambut nur lalu dia menarik nur masuk ke dalam kerata.Nur hanya merintih sakit sementara zali hanya terkebil kebil seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

sampai sahaja di rumah,Nur terus dikurung di bilik.Nur menangis meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi dia tak mampu.Nur terus-terusan menangis,merayu tetapi tidak dipedulikan oleh mak ngah nya.lalu mak ngah mencapai gagang telefon.kemudian kedengaran suara dia sedang bercakap dengan seseorang."teh,kau tengok anak sedara kau ni,dah la tak mendegar cakap,ni aku baru je tangkap dia buat perkara tak senonoh dengan jantan mana entah,berdua-duaan.aku ingat dia pergi kelas menjahit,lain arah nya"."ye ke kak?ish budak ni tak habes-habes menyusahkan kita kan?tak pe,tahulah teh nak buat dengan budak ni nanti kak..".perbualan mereka terputus sampai disitu sahaja.mak ngah milah tersenyum lebar.sementara nur merintih mengenangkan nasibnya yang kian malang,kian pudar.aduhh.....


**************************

No comments:

Post a Comment