Monday, January 25, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 7

hari ini hari ahad.hari cuti baik bagi kanak-kanak yang bersekolah mahupun ibubapa. tetapi lain keadaannya di rumah mak cik irfan di seremban.Makcik dan pakciknya tidak mengenal erti cuti dan penat.hari-hari mereka akan berkerja keras.berniaga adalah satu kerja yag tidak mudah.dan dirumah,tinggallah irfan bersama anak-anak mak ciknya.Irfan bangun agak lewat.ketika dia turun ke ruang tamu,matahari sudah mula naik tinggi.saudaranya sedang leka menonton televisyen.memang padat rancangan untuk kanak-kanak ketika cuti sekolah ini.tetapi irfan mendapat kejutan besar sebaik sahaja turun ke ruang tamu.berselerak,bersepah.sampah di sana sini.walaupun rumah itu rumah seorang peniaga dan kecil tetapi kalau dikemas,ia tidak akan berselerak.sementara mereka sedang asyik menonton televisyen tanpa menyedari kedatangan irfan.Memang dari kecil lagi irfan dididik menjadi seorang yang pembersih dan tidak gemarkan seseuatu yang kotor.fikirannya berserabut melihat sampah disana sini lalu dia mencapai penyapu di dapur untuk menyapu sampah.ada anak dara pun tidak tahu buat kerja.gertu hati irfan.irfan cuma ingin rumah itu kelihatan sedikit kemas kerana dia berasa tidak selesa andai rumah berselerakan.walaupun bagi seorang lelaki,ia kelihatan pelik untuk mengemas rumah tetapi irfan tidak kisah seandainya perlakuannya itu mampu membantu mak ciknya."tolong bangun sekejap,aku nak sapu kat sini".pinta irfan tetapi mereka buat endah tak endah.irfan mendegus."tolonglah bangun sekejap,aku nak sapu ni bukannya suruh korang pun!..".nada sura irfan mula berubah.tetapi sekali lagi irfan tidak dilayan.irfan mula bengang lalu dia terus saja menghempas penyapu ke lantai dan kembali ke bilik.irfan geram,geram dengan perlakuan mereka yang langsung tidak mencerminkan yang mereka itu bersih.lalu irfan kembali duduk di atas katil.dia berfikir.sejenak kemudian,irfan kembali ke dapur dan melihat apa yang ada di bawah tudung saji tetapi irfan hampa kerana tiada satu pun juadah yang boleh  dimakan.dan dia bergegas kelaur untuk ke kedai yang berhampiran.setelah membeli makanan ringan,irfan pulang ke rumah.lori yang berwarna putih telah siap diparking di garage depan rumah makciknya menandakan mereka sudah pulang.sampai sahaja di pintu rmah,irfan disapa oleh pak  ciknya."ei budak,kau ke mana ha??"."kedai".irfan menjawab."kedai??kau buat apa ke kedai?kau tengok rumah ni,dahla tak berkemas,bersepah,tapi kau langsung tak tolong kemaskan.kau ingat kau duduk rumah ni free,kau tak payah buat kerja ha?dasar anak pemalas,dahla menumpang di rumah orang,tak tahu malu betul!!!".marah pakciknya.irfan hanya diam seribu kata.dia malas hendak menjawab kerana dia tahu pak cik nya takkan percaya apa sahaja yang dikatakannya.sementara makciknya tidak mendengar perbualan mereka kerana dia sedang mandi di bilik air.irfan kembali ke bilik.dia sakit hati,hancur kerana dia tidak menyangka nasib nya begitu susah kerana menumpang di rumah orang.dia diperlakukan seperti seorang tunggul,sentiasa dimarahi oleh pakciknya.irfan geram,teramat geram lalu tanpa disedari air matanya jatuh berlinangan...

malam itu,dia tidak turun makan.irfan masih lagi memendam marah kepada pak ciknya.semasa irfan baring di atas katil,dia merasakan tombol pintunya di pulas.sepertinya  ada orang yang mahu masuk.kerana sangkakan itu adalah pakciknya,irfan pura-pura tidur.selepas pintu bilik dibuka,dia melihat orang yang datang itu adalah makciknya.irfan tidak mahu membukakan mata lalu dia terus pura-pura tidur.mak ciknya datang kearah irfan lalu mengusap rambutnya."irfan,maafkan mak cik nak...'.air mata mak ciknya bercucuran jatuh.mungkin terkilan kerana tidak mampu menjaga anak saudaranya dengan baik.irfan cuma diam terpaku.sejenak selepas itu,mak cik nya keluar dari bilik dan berlalu ke ruang tamu.irfan membukakan mata.dia sebak,pilu kerana dia tahu tiada apa yang bisa dilakukan oleh maciknya untuk membela dia.irfan menangis.perasaannya bercampur-baur.kerana memikirkan keadaannya yang susah dari sehari ke sehari,irfan bertekad di dalam hati bahawa dia akan belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan bagi membela nasibnya,kakak-kakak nya dan abangnya.nasib mereka yang teranaiya.....


**********

No comments:

Post a Comment