Saturday, January 23, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 5

"elok lamanya kau pergi kedai??kau beli gula ke buat gula?".mak ngah bertanya.Nur cuma diam.dia tahu apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti tidak kena dimata  mak ngah.Nur cuma berlalu ke dalam bilik."eh budak nie,tengok tu bukan main kurang hajar kau lagi kan?aku cakap kau buat hendak tak hendak je..ishh budak nie!".Nur cuma mengurungkan dirinya di dalam bilik.fikirannya kusut.serabut.selepas lama termenung,dia bangkit untuk menunaikan solat.mungkin ini caranya untuk membuatkan hatinya tenang.


"Irfan,mak cik dah uruskan semuanya.sekarang irfan ikut cikgu masuk kelas,cikgu akan ajar irfan okay?".Irfan diam."irfan jangan risau,mak cik dah bayar yuran,buku pun dah beli,nanti pukul dua,mak cik suruh pak cik kau ambil ye..??".Irfan mengangguk perlahan."ye,awak nama siapa?".seorang wanita gempal bertanya.tetapi tetap manis bertudung.redup anak mata memandang."Irfan".pendek irfan menjawab."owh,saya cikgu rafidah.mulai dari hari ni,saya akan jadi guru kelas awak dan saya akan mengajar bahasa melayu.mari,kita ke kelas!"...irfan cuma menuruti.dia semakin berdebar untuk berdepan dengan semua orang,bimbang jika dia tidak mempunyai kawan.walaupun dia sudah melonjak ke tingkatan satu,tetapi dia seorang anak yang manja.dia tidak pandai bersosial.mungkin itu yang menjadikan dia seorang yang sangat disayangi oleh keluarganya.Irfan tidak tentu rasa.bimbang,berdebar,gugup,sayu.semua perasaan itu bercampur baur dalam dirinya.dia tidak tahu apalah nasibnya nanti.


"selamat pagi cikgu!!".semua pelajar memberi hormat sebaik sahaja cikgu rafidah memasuki kelas.irfan dapat mendengar dan melihat semua orang yang memerhatikannya.ada juga yang sedang berbisik-bisik."selamat pagi,awak boleh duduk.owh ye,hari ni saya akan perkenalkan seorang teman baru di sekolah ini,kawan kamu semua.namanya irfan".irfan cuma senyum.kelat.."baiklah irfan,kamu boleh ambil tempat".Irfan berjalan ke belakang kelas dan mendapati ada satu tempat kosong.mungkin itu untuknya.dia duduk.diam.suara cikgu rafidah memecah keheningan."baiklah para pelajar,bagaimana cuti sekolah awak semua??seronok?".semua pelajar di dalam kelas menjerit.seronok bunyinya."mari kita kongsikan apakah aktiviti yang awak semua lakukan ketika cuti sekolah.azuita,kamu mulakan dulu..".satu persatu pelajar berkongsi masa gembira mereka.ada yang pergi bercuti dan ada yang terperap di rumah.dan kini tibalah giliran Irfan."kamu irfan,apa yang kamu lakukan ketika cuti?cikgu nak kamu ceritakan sedikit latar belakang kamu.sepertinya ramai yang ingin tahu mengenai kamu ye???...".pelajar perempuan tergelak-gelak.ada juga yang tersengih seperti kerang busuk.irfan bangun.dia menghela nafas panjang."nama saya Ahmad Irfan Azhari.panggil saja irfan.saya berasal dari melaka,kini tinggal  di Seremban.cuti yang lepas....saya,saya cuma duduk di rumah...".ringkas irfan bercakap."itu sahaja???hobi kamu?latar belakang keluarga??".cikgu rafidah galak bertanya."saya suka melukis.setiap masa saya akan melukis kerana dengan lukisan saya akan dapat menceritakan kehidupan saya.ermmmm...irfan diam.cikgu rafidah mengangkat kening,tandanya dia mahu irfan bercerita lagi.irfan mengeluh."saya tidak mempunyai ibubapa.mereka telah pergi jauh dari hidup saya...".irfan sayu.pelajar lain yang seketika tadi tersenyum-senyum memandangnya,kini telah berubah wajah."ibu saya telah pergi  meninggalkan kami dua minggu lepas dan kini saya menetap di rumah bapa saudara saya".irfan diam seketika.cikgu rafidah menyuruhnya duduk."baiklah para pelajar,kita akan mulakan pelajaran dengan tatabahasa.kamu semua boleh buka buku muka surat 12".para pelajar yang tadi nya terkedu kini kembali seperti biasa meneruskan pelajaran sementara irfan hanya sayu melihat masa depannya yang kian pudar......


**********

No comments:

Post a Comment