Saturday, January 16, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 3

Sedih.gelisah.keluh.kesah.itulah perasaan Nur yang bercampur baur sejak malam tadi.dia tidak dapat memikirkan apalagi caranya supaya dia tidak dipisahkan lagi dengan adik-beradiknya kerana dia tidak diberi peluang.tiada satu pun peluang diberikan untuknya.apa saja kehendaknya,pasti ada bantahan.pagi itu,selepas bersarapan,Nur kembalik ke bilik lalu mengemas pakaian nya dan juga adik-adiknya.dia menangis.sedang dia meratap,Irfan lalu masuk dan melihat kakaknya.dia pelik.apakah yang dilakukan kakak pagi-pagi ini??dia duduk."Kak,kita nak pergi mane ni kak??.Nur diam.dia kembali bersuara."kakak,jawablah!".Nur mengesat air mata di pipi."Irfan,hari ini Irfan akan pindah ke rumah mak Cik tau,Kakak akan duduk di rumah mak Ngah.jadi,Irfan tak boleh nakal-nakal ye.Irfan kena jaga diri,Jangan susahkan mak Cik ok"."kakak kata kakak nak jaga Irfan tapi kenapa kakak tak duduk dengan Irfan??kakak ni tipulah!..".Irfan bangun lalu bingkas keluar dari bilik itu sementara Nur hanya diam membisu.




"Nur! dah ke belum?cepatlah mak Ngah ada hal di rumah,Pak ngah kau ada mesyuarat.pak cik dengan Mak Cik pun nak balik dah.mereka semua ada hal takkan hak hebohkan kau adik beradik je??!".Nur bangun lalu keluar dari bilik."dah Mak Ngah"."apa banyak sangat ke barang kau sampai lama kau mengemas ha??"mak ngah mengherdik.Nur cuma diam."dah,bawa barang tu masuk dalam kereta,cepat!!".Nur cuma menuruti.Nur mengambil barang-barangnya lalu berlalu di luar rumah.Siti telah menunggu."siti,kakak nak pergi dulu ya,siti jaga diri baik-baik,ingat pesan akak"."yelah kak,siti memeluk Nur sambil mereka menangis.hiba.hening.perasaan itu telah menyelubungi Nur sejak malam tadi.Mereka juga telah mengucapkan selamat tinggal kepada Roy yang baru sahaja pagi tadi berangkat ke Kuala Lumpur. Kini tiba giliran nya.Siti pula akan berangkat esok kerana Pak teh mahu balik esok,mungkin hendak mengorek harta lagi di dalam rumah itu,mungkin.Sedang Nur berpeluk dengan Siti,dia mendengar jeritan Irfan dari luar rumah."Irfan tak mahu lah!!!tak paham ke?Irfan kata tak mahu,tak mahulah!"."hei budak,kau kene ikut aku tahu,jangan nak cari pasal!"pak Cik menengking.Irfan menangis,menjerit."kak!tolong Irfan kak!".Nur berlari mendapatkan Irfan.dia memeluk Irfan seerat-eratnya."Irfan,jangan lah macam ni dik,Irfan kena tinggal dengan Mak cik ye sayang!"."Irfan tak mahu kak,Irfan nak tinggal dengan kakak!kakak kan nak jaga irfan".Nur menangis,kuat.Pak cik menarik tangan irfan dari belakang.Nur terpaksa melepaskan genggaman tangan Irfan."kakak!kakak tipu Irfan!kakak kata kakak nak tinggal dengan Irfan!kakak tipu!!!.."."Irfan,kakak tak tipu Irfan,Irfan jaga diri ye dik!.."."Nur,cepat masuk!"Mak ngah menjeling.Nur terpaksa membiarkan Irfan terjerit-jerit menangis.dia cuma mampu menangis."kakak!Kakak!Kakak!".Nur cuma melihat Irfan yang meronta-ronta di dalam kereta pak cik nya.Nur sedih,Nur derita.Cuma ini kali terakhir dia akan melihat irfan.Entah bila lagi mereka akan berjumpa.Nur berlalu meninggalkan Irfan.kereta Mak Ngah mula meninggalkan perkarangan rumah.Hatinya bagai direntap,dicabut,dia kini tiada apa lagi.semuanya bagai hancur,berkecai.tiada lagi tawa duka Irfan,gelak Siti,gurau senda mereka adik-beradik.semua berlalu bagai angin yang bertiup.dan kini Nur hanya mampu menahan sedu di dada dan dia tidak pasti apakah nasibnya di rumah Mak Ngah...juga nasib irfan,Siti,dan Roy....Nur tertidur..Penat setelah menangis,luka....


**********

2 comments: