Saturday, January 23, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 6

pagi itu cuaca cerah.bunyi sang burung melagukan lagu rindu memecah keheningan suasana.tatkala Nur mencelikkan mata,embun masih lagi membasahi daunan.lalu Nur bangun menunaikan subuh serta terus berdoa kehadrat illahi,Tuhan yang maha pencipta sekalian alam.walaupun Nur tidak habis-habis ditimpa musibah,dia tidak pernah menyalahkan takdir,tidak pernah mengeluh,tidak pernah berputus asa.selesainya Nur menunaikan ibadah wajibnya,dia kembali ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk Raja dan permaisuri dirumah itu.tidak lupa juga kepada tuan puteri yang baru pulang dari Australia.anak makngah nya.hidup Nur di rumah itu diibaratkan seperti seorang hamba."Nur,lepas kemas rumah karang,kau pergi ke pekan dengan Azie,tolong ambilkan baju aku yang tempah hari tu ye,jangan lupa beli barang dapur sekali..".pantas mak ngah menyuruh.Nur cuma mengangguk.selepas berkemas,Nur terus bersiap untuk ke pekan.lalu dia dan azie menaiki kereta meninggalkan perkarangan rumah.


"Nur,kau pergilah beli barang yang mak aku suruh tu,aku malaslah.aku tunggu dalam kereta je lah...".azie saja mengherdik.Nur akur.dia berlalu ke dalam pasaraya dan membeli barangan keperluan  rumah mak ngahnya.banyak sungguh barang yang dibeli.Nur mengangkat semua barang itu seorang diri sementara azie hanya makan angin di dalam kereta.tidak menang tangan Nur membawa barang itu,ke kiri, ke kanan.seperti minah indon  menjual jamu pun ada.mungkin.sebaik sahaja Nur melalui Lorong-lorong kereta untuk sampai ke kereta azie,tanpa disedarinya,ada sebuah kerata BMW bernombor WAT1101 sedang berundur.Nur tidak dapat mengelak.sekelip mata sahaja Nur sudah terjelepuk di atas bahu jalan.Nur pening.pemandu kereta itu turun dengan penuh cemas,terus meluru ke arah  Nur."awak,awak tak apa-apa ke?Ya allah,awak,saya minta maaflah.saya betul-betul tidak perasan awak di belakang kereta saya..".Nur pening."erm..tak apa-apa.saya okay..".pendek Nur menjawab.memang sudah menjadi sikap Nur yang sentiasa memaafkan kesalahan orang,tambahan pula itu memang salahnya juga kerana tidak berhati-hati.dalam terik mentari,Nur dapat melihat wajah pemandu kereta besar itu.tampan,tinggi,kulitnya putih seputih salji,bibirnya merah menguntum senyum.Nur terpana.lelaki tadi yang risau akan keadaan Nur segera membantu Nur untuk bangun.Nur menolak.dia bingkas berdiri sendiri.wajah lelaki itu kelihatan kemerah-merahan mungkin kerana pancaran terik matahari.tanpa mereka sedari,perlakuan mereka disaksikan oleh Azie."Nur!!....kau kenapa nie?".azie berlakon baik di depan lelaki itu."maaflah encik,saudara saya nie memang kelam kabut sedikit,maaf kerana menyusahkan encik".pemuda tadi hanya tersenyum."oh tidak..ini silap saya sebenarnya.saya yang tidak peka.pantas pemuda itu mejawab.azie tersenyum lebar.dia kemudian pantas menarik tangan Nur berlalu pergi tetapi pemuda tadi sempat memanggil."erm..boleh saya tahu siapa nama saudari??"."azie".azie pantas menjawab.Nur tunduk lau berlalu pergi.lelaki tadi cuma bingung lalu meninggalkan temgpat itu."boleh tahan hensemnya lelaki tadi kan??".azie bertanya.Nur cuma diam lalu dia memandang azie yang senyum sendirian..Nur dapat merasakan bisa di kaki dan pehanya akibat terjatuh tadi.lebih perit lagi rasanya apabila dia memikirkan nasib adiknya,Irfan......


**********

No comments:

Post a Comment