Sunday, January 17, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 4

"Nur! bangun! kita dah sampai,membuta je keje budak ni ye!".Mak Ngah melenting.Nur menggosok-gosok matanya lalu dia bingkas bangun dan mengangkat barang nya ke dalam rumah."Ni,bilik kau Nur!kau duduk je kat sini,bukan nye buruk sangat pun,kau bersihkan sikit je dah ok".Nur cuma diam.dia dah tau memang ini akan terjadi.memang ini nasibnya.dia akur,bilik setor yang buruk itu bakal dihuninya mungkin selama 2,3 atau 5tahun lagi. dia ditinggalkan sendirian.Nur sedih.apalah nasib adik-adiknya itu.dia bertekad kini dia harus hidup sendiri.dia perlu berdikari.dia tidak harus menangis tetapi dia harus kuat untuk menempuh segala cabaran."Nur!kau buat ape tu??mari tolong aku masak di dapur.kau tu anak dara,jangan nak berlagak macam orang kaya tau! mari kesini kau!".Nur bingkas bangun dan mengekori mak Ngah ke dapur.


"Irfan,ini bilik Irfan ye.Irfan akan tinggal dengan Fizan dan Amin.Mak Cik minta maaflah rumah ni kecil sedikit,yelah kami pun Tak kaya mana.mak Cik janji selagi irfan duduk dengan Mak cik,mak cik akan jaga irfan.Apa yang mak cik makan,Irfan makan ye nak!".Mak cik memujuk Irfan sedangkan Irfan masih lagi muncung.merajuk agaknya budak ni.mungkin dia masih sedih.fikir mak cik nya."dah,Irfan rehat dulu nati mak cik dah masak mak cik panggil makan ye.owh ye,esok kite akan daftar sekolah Irfan.nanti mak cik bawak.dah,Irfan jangan sedih-sedih,mak cik kan ada".begitulah pujukan mak cik nya.kemudian,dia berlalu keluar dari bilik tu.kini Irfan keseorangan.

"budak tu buat ape?".Pak cik nya bertanya."ntah bang,die termenung je".isterinya menjawab."mengada-ngada betul rasa macam nak bagi penangan je kat budak tu"."Ishh abang ni,jangan lah berkasar sangat,kita kan kena jaga dia,tak elok lah buat dia macam tu bang,dia tu anak yatim piatu.."."ah! ada aku kisah?? dahla menyusahkan orang je,kalau tak kerana si Teh tu suruh,tak nak aku jaga budak ni.Mak cik cuma mengucap panjang.walaupun dia rasa terbeban,tetapi tak sanggup dia membiarkan anak saudaranya merempat,biarlah dia yang menjaganya.memanglah suaminya tidak suka,kerana budak tu bukan anak saudaranya,hanya dia yang kasihan kepada anak kakaknya itu.Dia pun tahu sikap suaminya yang panas baran.dia  berlalu ke dapur.

"Nur,kau tolong pergi kedai sekejap kat depan tu,gula dah habis pulak!".mak ngah menyuruh."yelah mak ngah,sebentar,Nur pergi ye..".Nur pun berjalan menuju ke kedai.langkah nya yang lemah itu cukup menunjukkan yang Nur masih penat kerana terpaksa membuat kerja-kerja di rumah itu. Selepas Nur membeli gula,dia ternampak sesuatu.yang pastinya dapat mengubat rindu pada adiknya.dia tersenyum.lalu dengan cepat dia menggapai gagang telefon lalu mendail nombor rumah mak ciknya.......

"Irfan,ke sini sebentar! ".lembut mak cik memanggil.Irfan datang."ni ada panggilan untuk irfan,jawablah..".Irfan bingkas pergi sementara dia memerhati bahawa pak ciknya sedang merenung tajam ke arahnya.."hurmm..Hello?siapa ni?".Irfan bertanya."Irfan!..."Nur terdiam.suaranya bagai tersekat di kerongkong..."kakak! kakak!Irfan rindu kakak,kakak datanglah sini! kakak!".Irfan menangis,kuat."kakak jauh dik,kakak tak boleh datang.Irfan jaga diri,dengar cakap Mak cik,jangan nakal-nakal ye!..."."kakak,Irfan tak nak tinggal disini kak,Irfan nak duduk dengan kakak!"."dik......!".tut...tut..tuut..."kakak!".Irfan meraung.panggilan putus.Nur terduduk,dia cuma mampu menangis.tidak tertahan lagi rindunya pada irfan.kalaulah irfan ada di depan mata,pasti dipeluknya irfan,diciumnya..tapi Irfan jauh.....Nur mengesat airmatanya, bangun lalu berlalu pulang ke rumah.tanpa disedarinya,ada mata-mata yang sedang memerhatikan Nur....


**********

No comments:

Post a Comment