Friday, January 15, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 1

"Irfan,bangunlah,jom makan??'.irfan menggeleng."kak,irfan x nak lahh,irfan xda selera lah kak..".Nur menghela nafas panjang.dia tak tahu bagaimana lagi caranya untuk die memujuk Irfan."Irfan,janganlah macam ni,nanti Irfan sakit siapa yang susah??kakak dengan abang jugak kan?kami semua risau kan Irfan..Jomlah dik!".Kak,kenapa mak tinggalkan kita??mak tak sayang kat Irfan lagi ke kak?mak tak kesian ke tengok kite macam ni kak??".Nur menggeleng."Irfan,mak kan dah pergi,tak eloklah cakap macam tu..Tuhan sayang mak lebih dari kita Irfan..sebab tu Tuhan ambil mak dulu.."tapi kak,Tuhan tak nampak ke yang kite perlukan mak?sapa nak bagi kita makan lepas ni kak?Tuhan tak nampak ke yang Irfan ni sayangkan mak??sape nak tidurkan Irfan lagi kak?.."Irfan mendengus kecil.Nur tidak tertahan lagi lagi air matanya.die duduk disisi anak kecil itu lalu memeluknya.."Irfan,Irfan dah besar,irfan kena belajar sendiri,kita bukan orang senang dik. Mulai dari sekarang,akak yang akan jaga ifran.Irfan jangan risau ye?akak akan jaga irfan elok-elok sampai irfan besar..Irfan kan budak baik..dah,jom makan jom..".Irfan akhirnya akur dan mereka berlalu ke dapur.


Di dapur,ramai saudara mara mereka memenuhi ruang.Pak Ngah,Mak Long,Pak cik,Pak Tih,semua ada.mereka kini sedang enak menjamu selera selepas penat menguruskan pengkebumian Mak Irfan,Nur,Roy,dan Siti.sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat semua datang untuk menyaksikan arwah buat kali yang terkhir dan Alhamdulillah,semuanya telah berakhir dengan selamat.jiran-jiran tetangga pula ada yang telah pulang ke rumah mereka dan ada lagi yang masih menangisi pemergian Arwah."Nur,Roy mana??Pak Teh bertanya."dia di kubur.."pendek Nur menjawab.."Nanti panggilkan die,Pak tih nak bertanya sesuatu"."ye,baiklah".Nur berlalu pergi lalu mendapatkan Irfan."Irfan,makanlah,kakak ambilkan lauk ye.."Irfan hanya mengangguk.Selepas makan,Irfan kembali merenung ke luar jendela,merenung apakah nasibnya selepas ini.Bagi anak yang baru berusia 12 Tahun,dia masih lagi tidak mengerti dengan jelas apakah sebenarnya yang terjadi kepada dirinya.Sementara Nur yang masih di dapur,sedang lelah memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada dirinya dan adik beradik nya mulai hari ini,esok,dan selamanya...


**********


No comments:

Post a Comment