Friday, January 15, 2010

GULA-GULA DARI SYURGA-part 2

Malam itu,selepas kenduri arwah,mereka berkumpul di ruang tamu.semua orang ada.dan pastinya malam itu Nur merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada mereka adik-beradik.Sejak ketiadaan ibunya yang beru saja pergi ditambah pula dengan perceraian antara orang tua nya membuatkan hidup Nur adik-beradik semakin susah.semakin keliru.Ayah Nur dipaksa berpisah dengan arwah ibunya kerana hasutan dan paksaan Pak cik dan Makcik mereka.Entah kenapa mereka semua tidak menyukai ayah Nur.Mereka sanggup pisahkan kebahagiaan Ayah dan Ibunya sedangkan mereka berdua tidak mempunyai masalah pun.Nur yang sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur terkejut tatkala Pak Cik nya memanggil namanya. Die dengan terkocoh-kocoh mengelap tangan lalu berlalu menuju ke ruang tamu.Di ruang tamu,semua orang memandangnya.Mata-mata hantu yang melihat dengan penuh rasa tidak puas hati."Nur,duduk sekejap.Kami nak berbincang dengan kamu adik-beradik"Mak Ngah menyuruh.Nur duduk disamping Irfan.Semua diam.seperti malaikat lalu,mungkin.Lalu,Mak long terus memulakan bicara."Nur,sejak mak Nur tiada lagi,kami telah berbincang bagaimana cara untuk membesarkan Nur adik-beradik".Nur diam sambil memandang abangnya,Roy."Nur,kami inginkan yang terbaik buat kau adik-beradik dan kami telah putuskan bahawa kami akan mengambil setiap orang daripada kamu untuk dijaga.Nur duduk dengan mak Ngah,Irfan,duduk dengan Mak CIk,Siti akan duduk bersama Pak teh,dan Roy kami akan suruh die bekerja di Kuala Lumpur.Tambahan,Roy pun dah layak untuk bekerja".Nur diam,terpaku,tiada apa yang dapat dilakukan lagi selain mengalirkan air mata sambil memeluk Irfan.dia tidak dapat membayangkan bagaimana irfan hidup tanpa dia kelak."Nur,kami mahukan yang terbaik untuk kamu adik-beradik,itu saja"pendek Pak Teh menambah."Tapi,Nur tak mahu kami dipisahkan mak long,Pak Teh.Kami nak hidup bersama adik beradik.Irfan pun bukan boleh hidup sendiri,dia kecil lagi,dia perlukan Nur!"Nur membalas sambil menahan tangis di dada."Nur!!!!kan kami dah cakap,ini semua untuk kebaikan Nur adik-beradik.dah!!kamu semua pergi masuk ke dalam,tidur!!.Nur tersenggup-senggup menahan tangis lalu dia banhkit menuju ke bilik bersama Irfan dan Siti.Abangnya,Roy masih lagi diam tanpa kata.




Nur menangis sekuat-kuatnya di dalam bilik.dia tidak dapat menahan peritnya lagi.Irfan yang tadi diam mula berbicara."kak,kenapa kakak nangis?kenapa kak?akak sakit ke?".Nur memeluk irfan dan Siti."adik,jaga diri ye,lepas ni kite tak akan hidup sekali,tak akan bersama lagi.Irfan kena duduk dengan Mak CIk jadi Irfan tak boleh nakal-nakal.Siti pun.kakak sayang kamu.Tapi mungkin dah takdir kita begini.Siti sudah menangis teresak-esak.semakin lama semakin kuat.dan mereka saling berpelukan..Sementara di luar,Pak CIk dan Mak Cik nya sedang sibuk membahagikan harta ibunya yang tidak seberapa itu.Nur dapat dengar dengan jelas."Teh,kau nak ambil tak gelang ni,kalau tidak,angah ambil?"."tak mahulah kak,saya cuma mahu duit kak Lang tu nak buat jaga mereka ni.ishh menyusahkan je"...Nur hanya dapat menangis.menangis dan terus menangis mengenangkan nasib diri dan malam itu dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan perpisahan yang akan dilaluinya.mungkin minggu depan,mungkin lusa atau mungkin esok!!!!!


**********

3 comments: